Akak Terlajak Laris

Monday, 17 December 2018

4 Gejala Biasa Ramai Wanita Tak Tahu Tentang Rahim Jatuh


Rahim jatuh atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.

Antara gejala-gejala yang biasa dialami disebabkan masalah ini ialah:

1. Sakit belakang

2. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina

3. Ada sesetengah yang mengalami keadaan agak teruk sehingga rahimnya terkeluar sepenuhnya dan akan berasa ada benda yang menyebabkan susah hendak duduk, susah hendak berjalan dan sesetengahnya pula tidak boleh mengawal kencing atau mudah terkencing/terkucil apabila batuk.

4. Gejala lebih teruk lagi ialah sukar hendak membuang air besar kerana apabila ini berlaku ia menarik sekali dinding faraj. Saluran air besar yang sepatutnya akan memasuki ruang lain sehingga menyebabkan sukar untuk membuang air besar.

Apabila rahim terkeluar dalam jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit pada rahim kering dan senang/mudah menjadi ulser dan kadang-kadang boleh menyebabkan pendarahan terutama sekiranya lambat mendapat rawatan.

Tiga peringkat masalah rahim jatuh:


Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja

Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj

Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.

Share:
Read More

Thursday, 9 August 2018

Umur Muda Lagi Tapi Sakit Dah Macam Sakit Orang Tua, Apa Puncanya?


Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dll. bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi bukan penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia baik tua atau pun yang muda.

Apa Puncanya Sakit Sendi?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan

Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi.

Untuk pembelian wassap 0132334133

Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan

Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit

Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Siapa yang berisiko:

1.     Golongan tua dan sudah berumur
2.     Obesiti
3.     Ahli Sukan
4.     Mengangkat barang-barang yang berat.
5.     Lemah otot paha (quadriceps)


Penyakit berkaitan sakit sendi:

Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
Gout
Arthrithis
Osteoporosis
Tendinitis
Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella



Share:
Read More