4 Sebab Kenapa Isteri Dingin Dengan Suami, Apa Masalahnya? ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 17 March 2017

4 Sebab Kenapa Isteri Dingin Dengan Suami, Apa Masalahnya?


Hubungan suami isteri di ranjang ada pasang surutnya. Kadang-kala pasangan anda begitu bernafsu dan inginkan anda. Ada masa sebaliknya pula yang terjadi. Ini adalah normal dan dihadapi oleh setiap pasangan yang telah berumah tangga. Tetapi sekiranya ini berlanjutan, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena.

Di sini saya beri 4 sebab utama kenapa isteri dingin di ranjang yang disebabkan oleh faktor kesihatan.

1. Hormon tidak stabil
Salah satu penyebab utama isteri kurang bernafsu untuk seks adalah kerana masalah hormon. Hormon wanita adalah berbeza dengan lelaki, dan wanita lebih mudah dipengaruhi oleh hormon berbanding lelaki. Masalah yang berkaitan dengan hormon ini selalunya terjadi disebabkan oleh pengaruh putus haid, menyusukan bayi, ubat-ubatan atau masalah tiroid.

2. Kesan sampingan ubat
Terdapat ubat-ubatan yang boleh memberi kesan sampingan secara langsung, atau tidak langsung terhadap keinginan wanita untuk seks. Ubat-ubatan seperti ubat anti-murung dan ubat kimoterapi memberi kesan secara langsung terhadap nafsu wanita. Ubat-ubat ini membuat wanita kurang bernafsu untuk hubungan seks dan tidak berkeinginan untuk bersama pasangan.

 3. Kurang aliran darah ke alat sulit
Seperti juga lelaki, apabila wanita terangsang, aliran darah ke alat sulit atau kemaluan beliau akan meningkat. Ini secara tidak langsung membuat wanita lebih bernafsu dan bersedia untuk hubungan seks. Jika aliran darah ini berkurangan, secara automatik wanita tersebut kurang bernafsu dan menjadi dingin. Terdapat beberapa faktor kesihatan yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Faktor utama ialah penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Faktor berat badan juga boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada aliran darah ke kemaluan wanita.

 4. Kerosakkan saraf di sekitar kemaluan
Masalah kesihatan yang boleh menyebabkan isteri dingin di ranjang ini adalah kes terpencil dan jarang berlaku kepada wanita. Walaubagaimapun,ini adalah anda faktor utama penyebab wanita kurang bernafsu dengan hubungan seks. Kerosakan saraf di sekitar kemaluan boleh disebabkan oleh pembedahan yang dijalani di kawasan punggung, atau penyakit seperti ‘sclerosis’ atau ‘parkinson’.

Sumber: lelakisihat

Perawan Herba Wash bertindak membersih, mengelakkan jangkitan bakteria penyebab bau yang kurang menyenangkan serta mengatasi masalah di bahagian feminin wanita.


Harga: RM19.90
Order online, hubungi: 019 205 5680

Share:

0 comments:

Post a Comment