5 Cara Nak Hilangkan Misai Halus Pada Wajah Wanita ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 7 March 2017

5 Cara Nak Hilangkan Misai Halus Pada Wajah Wanita


Percaya atau tidak, ada sesetengah wanita berdepan dengan masalah muncul misai halus di wajahnya. Malah lagi teruk nampak sangat ketara dan ini boleh buat kaum wanita hilang keyakinan. Nak melawa pun akan hilang mood!

Haaa... jangan risau, anda boleh gunakan 5 cara ini untuk hilangkan misai.

1. Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campurkan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi hati-hati, jangan sampai terkena pada bibir!
2. Guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut. In shaa Allah masalah misai tu hilang perlahan-lahan.
3. Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat. Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih. Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).
4. Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.
5. Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit. Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!

Cuba amalkan dua atau tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya. Anda akan perasan bulu hilang sedikit demi sedikit.

Susah nak dapatkan madu asli? Boleh dapatkan Madu Asli D'Herbs memang asli.

Harga: RM 49.90
Order Online, Hubungi: Hisham (012-663 0604)
Share:

0 comments:

Post a Comment