7 Doa Ini Mujarab Buat Anak Aktif Lebih Mendengar Kata ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 31 March 2017

7 Doa Ini Mujarab Buat Anak Aktif Lebih Mendengar Kata



Mempunyai anak-anak yang aktif memang sangat mencabar. Namun, mak ayah jangan hanya tahu hendak marah dan pukul anak saja. Pada usia 4-6 tahun, anak-anak gemar bereksplorasi.
Kena pandai mengkaji dan mengenal tingkah laku anak sendiri. Sebagai ibu bapa, belajarlah agar anda tahu tangani mereka. Tahu apa kelemahan mereka.
Gunakan pendekatan psikologi untuk mengawal anak-anak. Kalau anda gunakan pendekatan pukul, bukan anak yang sakit, emosi anda pun akan sakit juga.
Sebab itu, al-Quran bekalkan panduan mendidik anak yang tak reti duduk diam ni. Ada doa-doa yang boleh diamalkan oleh mak ayah agar anak anda yang terlebih aktif itu membesar jadi anak yang hebat.

1. Al-Fatihah
Sebagai satu senjata untuk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

2. Ayat Qursi
Untuk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca untuk menghindarkan anasir negatif yang masuk ke dalam badan anak yang menyebabkan mereka degil atau tak mendengar kata.

3. Surah Alam Nasyrah
Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati dan mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

4. Surah Adh-Dhuhaa 1-5
Untuk anak yang malas sembahyang, degil, suka bergaduh dan tension. Inilah surah untuk anak menjadi soleh dan solehah, lembut hati dan mendengar nasihat.

5. Doa Nabi Daud
"Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

6. Surah Al-Anbiyaa ayat 69
Untuk anak-anak yang liat hendak sembahyang & doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud "Ya Allah jadikan aku dan anak-anakku orang yang mendirikan solat".

7. Doa Manzzill
Kombinasi ayat al-Quran yang telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.
Mak-mak kenalah cuba amalkan doa-doa ini demi kebaikan permata hari yang cukup disayangi. Sebabnya Doa mak tu memang makbul!

Coklat Pintar RM33.90
Sila hubungi / sms/wassap 019 2055680

Share:

0 comments:

Post a Comment