Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Tips Ini Bantu Anda Tebus Rasa Bersalah! ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 23 March 2017

Anak Sakit Tapi Mak Tak Boleh Cuti, Tips Ini Bantu Anda Tebus Rasa Bersalah!

Situasi ini mungkin kerap di alami oleh mak-mak yang bekerja. Ingin ambil cuti tapi faktor kesibukan menyebabkan mak-mak terpaksa meletakkan anak di bawah pengasuh atau taska untuk dijaga. Hanya telefon dalam masa tertentu menjadi penghubung untuk memantau keadaan anak.


Sedih, sayu dan rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan anak tanpa mak-mak yang jaga. Kerja memang kenalah kerja tetapi janganlah sampai anak demam atau sakit terpaksa serahkan kepada pengasuh atau taska. Inilah masanya untuk mak-mak dekati anak-anak dengan jaga kerenah sepanjang anak tidak sihat.

Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan rasa kegusaran dan bersalah, ada cara yang boleh mak-mak lakukan semasa anak tidak sihat. Cuba cara ini:

Minta Bantuan Orang Terdekat

Sudah tentu kerja yang banyak di pejabat membuatkan mak-mak tidak dapat cuti kecemasan. Jadi, mintalah orang yang dipercayai, sudah tentu pengasuh atau pusat taska (jika jauh dari keluarga). Tetapi jika tinggal berdekatan dengan ibu bapa, mintalah mereka menjaga buat sementara waktu ketika mak-mak pergi bekerja.

Minta Pelepasan Daripada Ketua

Kerja memanglah penting, tempat anak mencari rezeki tetapi anak lagi penting. Tidak salah kiranya anda berunding dengan ketua mengatakan masalah yang dihadapi. Jika bos memahami, sudah tentu kerja menjadi senang.

Bincang Dengan Suami

Bukan semua tanggungjawab rumah tangga di bahu mak-mak. Ada kalanya, mak perlukan bantuan orang lain atau lebih dekat lagi, suami. Cubalah bincang bersama suami agar mendapat keputusan terbaik. Jika mak tak dapat cuti, mintalah bantuan suami suapaya dia cuti untuk menjaga anak, esoknya mak pula yang cuti.

Anak Lebih Penting

Sebagai ibu bekerja, mak perlu buat skala yang lagi penting. Mak datang ke pejabat dan

selesaikan tugas yang paling penting dulu. Selebihnya, mak boleh selesaikan keesokan harinya. Jadi selesai kerja, mak boleh minta keizinan bos untuk balik awal, temani anak yang sakit.

Guna Cuti Tahunan

Sesetengah mak-mak gunakan cuti tahunan untuk bercuti. Tetapi, jika berlaku keadaan perkara sedemikian, inilah masanya untuk mak-mak gunakan cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat. Dengan adanya lebihan cuti, maka boleh gunakan tanpa perlu risau.


Sila Hubungi 019-205 5680 untuk maklumat lanjut




Share:

0 comments:

Post a Comment