Bila Anak Melecur, 5 Perkara Ni Ibubapa Kena Buat ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 10 March 2017

Bila Anak Melecur, 5 Perkara Ni Ibubapa Kena Buat


Walaupun kawasan yang melecur tidak serius, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terutamanya jika ia terkena pada anggota tertentu yang selalu digunakan atau sekiranya ia berlaku pada anak kecil.

1. Apabila terpegang benda panas, anda boleh terus melalukan anggota yang tercedera dengan air paip selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Kalau terkena pada bahagian anggota yang besar, dudukkan anak di bawah pancuran air di bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai.

2. Menurut Dr Hana Hadzrami, jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’. 

3. Selalu kita dengar petua rawatan lecur menggunakan bahan tertentu seperti tepung, ubat gigi, kicap, dan sebagainya. Jika kesan lecuran tersebut kecil dan berlaku pada orang dewasa, petua ini mungkin boleh digunapakai. Tetapi, jangan sesekali melakukannya sebagai ‘first aid’ atau langkah kecemasan pertama, terutamanya pada anak kecil yang sedang kesakitan.

4. Selepas beberapa hari, mungkin kawasan kemerahan ini akan mula surut dan mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Menurut BabyCenter, apa yang perlu anda lakukan adalah menyapukan kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar. Ingat, jangan sesekali cuba memecahkan gelembung ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk.

5. Sekiranya anda perhatikan kawasan tercedera semakin sakit, bengkak, menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak, jangan lengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ia barangkali tanda jangkitan.

Gel Aloe Gamat membantu memudarkan kesan parut akibat kecederaan, kulit kering dan juga sesuai untuk ibu bersalin.



Harga: RM 29.90
Order online, Hubungi: Pn. Aida 019-205 5680

Share:

0 comments:

Post a Comment