Cara Membuang Kahak Bayi Tanpa Ubat Doktor ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 22 March 2017

Cara Membuang Kahak Bayi Tanpa Ubat Doktor

Bayi di bawah 1 tahun terutamanya tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, seperti demam, selesema dan batuk. Ia adalah bahaya untuk bayi kerana organ dalaman mereka masih belum cukup kuat dan matang untuk memproses ‘dadah’ yang diberikan itu. Ubat itu akan membuatkan bayi kita ‘drowsy’ dan ia sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka. Jadi, kita perlulah mencari cara semulajadi dan tradisional untuk mengeluarkan kahak anak kita atau menurunkan suhu badan anak kita itu.


Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi :

1. Bawang Putih
Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja. Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman. Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby
minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih :
  • Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.
  • Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.
  • Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.
  • Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih. 
  • Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis. 
  • Tapi, sebelum mula sapukan pada baby, buat patch test dulu untuk melihat sama ada kulit baby kita allergik ke tak pada bawang putih itu. Sapu di bahagian pilipat dan biarkan selama setengah ke 1 jam. Kalau tiada kesan merah-merah atau bintik-bintik, kira OK la tu. Bolehlah sapukan kepada anak.

2. Steam and percussion 
Adalah teknik menepuk belakang bayi untuk mengeluarkan kahak.

Langkah-langkah:
  • Hiris 2-3 ulas bawang putih dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas. 
  • Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar) dan pastikan muka bayi berada di atas mangkuk tersebut. Tapi, hati-hati dengan tangan anak ye sebab air tu panas. Kalau nak anak kita sedut lebih banyak wap bawang putih, tutup kepala mereka dengan kain. Wap itu akan terperangkap di dalam kain itu sahaja. Cumanya, salah seorang perlulah berada di bawah kain bersama anak untuk memantau keadaan anak kita.
Hand percussion

3. Hand percussion
Buat tangan seperti dalam gambar di atas dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Pada masa ini, bayi kita memang akan menangis tapi biarkan sahaja. Lagi banyak mereka menangis, lagi banyaklah wap yang mereka sedut. Wap bawang putih akan meresap masuk ke dalam rongga-rongga untuk membunuh sel-sel bakteria dan pada masa yang sama untuk mencairkan kahak supaya boleh keluar  dengan mudah.

4. Lakukan teknik ini 2 kali sehari (selepas mandi pagi dan juga selepas mandi petang) 
Untuk memudahkan anak kita bernafas dan juga tidur dengan lebih lena. Memang terasa susah pada mulanya, tapi demi kebaikan anak, kita akan sanggup lakukan apa sahaja. Kita akan lebih puas hati dan gembira melihat anak kita pulih dengan cara yang selamat. Moga dengan teknik dan cara tradisional ini, anak kita akan lebih sihat dan bebas dari ubat-ubat doktor yang tidak berapa sesuai untuk mereka.



Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ; 019-205 5680


Share:

0 comments:

Post a Comment