Ikutlah 8 Diet Cara Rasulullah S.A.W, Lebih Selamat & Berkesan! ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 28 March 2017

Ikutlah 8 Diet Cara Rasulullah S.A.W, Lebih Selamat & Berkesan!

Makan meriah macam mana pun tapi elok cara pemakanan kita biarlah ada disiplin. Etika pemakanan sihat, diet Rasulullah s.a.w boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana Baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.


Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang pandai menjaga pemakanannya.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah s.a.w adalah:

1. Minum Susu

Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Susu pula kaya dengan kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan merupakan satu zat yang sangat penting untuk badan.

2. Daging & ikan

Rasululullah tidak minum susu ketika makan daging, ayam atau ikan Rasululllah s.a.w pernah melarang sahabat makan ikan bersama susu sebab dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Dalam bidang sains juga menyatakan pencampuran kedua-dua jenis makanan ini  boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Aturan minum susu

Rasulullullah larang minum susu bersama cuka sebab ini boleh merencatkan penyerapan protein susu dan cuka itu sendiri boleh menghakis perut dengan tahap asidnya yang tinggi. Lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Elak makan campur

Tidak campur ikan bersama daging, telur atau salad. Dalam al-Quran sendiri ada melarang kita mencampurkan makanan darat bersama makanan laut. Ini kerana makanan darat dan laut mengandungi cas ion yang berbeza. Jika kita mencampurkan akan menyebabkan perut mengalami masalah.

5. Buah-buah

Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan nasi. Kita pula lebih mengamalkan gaya barat makan buah terlebih dahulu barulah makan nasi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi kita tidak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.

6. Habbatussauda, barli dan oat

Makanan ini baik untuk kesihatan jantung, dapat membantu mengatasi kegemukan melampau dan dikatakan mampu mencegah kanser.

7. Makan roti asli

Gandum sempurna mempunyai banyak perbezaan dengan gandum proses, mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Ini juga membekalkan tenagan dan juga zat logam yang lain.

8. Buah tamar

Kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi Nabi dan keluarga. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Untuk maklumat sila hubungi talian ; 019-205 5680 (Pn Aida)



Share:

0 comments:

Post a Comment