Malas Bersenam? Nak Sihat, Amalkan Dengan 5 Rutin Ini ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 17 March 2017

Malas Bersenam? Nak Sihat, Amalkan Dengan 5 Rutin Ini


Bukan semua orang rajin bersenam. Lebih-lebih lagi, mereka yang selesa dengan rutin kerjaya di dalam pejabat. Menikmati ‘potluck’ bersama rakan sekerja juga antara rutin yang sukar dielak. Begitu juga, para suri yang terbiasa di dapur. Menikmati makanan enak sehingga leka langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

1. Atas Katil Saja!
Sebaik saja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu. Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

2. Katakan Tidak Pada "LIF"
Bagi anda yang tinggal di rumah pangsa, itu sebenarnya satu kelebihan. Elakkan lif, sebaliknya gunakan anak tangga baik ketika waktu pagi atau petang hari. Menaiki tangga mampu melatih otot kaki dan pinggul. Ia juga boleh membakar sehingga 302 kalori.

3. Lari-lari Anak Di rumah Sendiri
Bagi anda yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

4. Ketawa Penawar Gundah
Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa. Ia dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Jadi, jika malah mahu melakukan senaman, apa kata praktikkan senaman mulut yang satu ini.

5. Paling Syok Teknik Peluk Pasangan
Anda yang berpuas hati dengan pasangan, akan mewujudkan perasaan tenang dalam diri. Ia juga menonjolkan perasaan selesa yang lebih baik kepada tubuh dan juga fikiran. Ia akan bertambah tenang sewaktu anda memeluk pasangan yang anda cintai. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan tujuh peratus tekanan yang dialami.

Lepas bersenam mestilah berpeluh-peluh. Gunakan Gel mandian Aura 7 Bunga. Harumannya membangkit aura dan sensasi sepanjang hari.


Harga: RM16.00
Order online, Hubungi: Pn. Aida 019 205 5680
Share:

0 comments:

Post a Comment