Perlu Ke Tepuk Belakang Bayi Sampai Sendawa Lepas Minum Susu ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 17 March 2017

Perlu Ke Tepuk Belakang Bayi Sampai Sendawa Lepas Minum Susu


Kalau tengok, mesti ramai ibu bapa yang akan menepuk-nepuk belakang bayi sesudah menyusu, tidak lama selepas itu bayi akan mula untuk sendawa.

Mungkin ada yang terlepas pandang, akan perlunya untuk membuat byi ini sendawa, dan menurut perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Taufiq Razif, perlunya untuk sendawakan bayi, selepas mereka menyusu.

Ni la soalan yang selalu isteri saya tanya kalau saya baru habis bagi anak saya minum susu. Lelaki macam saya ni kadangkala tu tak sensitif sangat bab sendawa kan baby ni.

Padahal bahaya sangat kalau tak sendawakan baby dulu sebelum tidurkan dia. Baby kita boleh tersedak dan termuntah masa tidur tau. Banyak je kes baby masuk kecemasan sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Rupanya antara penyebab jangkitan kuman pada paru-paru ( aspiration pneumonia ) pada bayi adalah tersedak susu.

American Academy of Paediatrics ( AAP ) sendiri yang syorkan ibu bapa sendawakan baby setiap kali lepas menyusu walaupun baby tu nampak tenang dan tak meragam sebab kita tak tahu berapa banyak udara yang terperangkap kat dalam perut baby kita tu.

Antara tanda baby kita mintak disendawakan adalah bila baby tu meragam lepas minum susu sebab udara yang ikut tertelan masa menyusu tu akan menyebabkan rasa penuh dan tak selesa pada bayi kita. Jangan pulak baby menangis lepas menyusu kita ingat baby nak tidur pula ye. Sendawakan dulu baru bagi baby tidur tau. Jangan sampai kelalaian kita membunuh baby kita sendiri.
Share:

0 comments:

Post a Comment