Ramai Kaum Ibu Pandang Remeh Tentang Pantang Selepas Bersalin, Ini Kesan Buruk Yang Anda Kena Tahu ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 8 March 2017

Ramai Kaum Ibu Pandang Remeh Tentang Pantang Selepas Bersalin, Ini Kesan Buruk Yang Anda Kena Tahu


Kebanyakkan  wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, malas berpantang atau degil apabila disuruh berpantang dan paling teruk tak tahu lansung tentang apa itu berpantang. Memang lumrah manusia perkara baik memang susah nak ikut & kadang kadang  deme ni (ckp org perak) ada pendapat  sendiri berdasarkan kawan kawan, buku dan lain lain. 

Tapi Alhamdulillah dengan adanya teknologi sekarang, wanita yang baru bersalin pada masa sekarang, banyak membaca, mendapatkan khidmat nasihat daripda pakar atau bidan, bagaimana nak berpantang secara traditional tetapi moden.  



Ada sesetengah wanita yang degil, tak mahu berpantang, tak nak ambik jamu lepas bersalin, tak nak berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka. Bila mak marah atau tegur tunjuk muka masam atau jawab “Alah..! org tau la” dalam hati kata “dah tua nanti semua orang sakit, rasa badan ni ok je tak rasa apa apa pun”.. Kalau ada yang buat macam ni, cer baca cite kat bawah ni.. ini baru salah satu kesan.Tolong baca ia penting ok!!!

Apakah Akibat & Kesan:

 

Rahim Jatuh / Prolapse



Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh kebawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.


Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat



- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.

- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.

- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar "tombong”.



Gangguan Kencing



Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:
      
-  kerap kencing
      
-  sakit ketika nak kencing
      
- kencing yang tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
 di panggil (Stress Incontincence).

 Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.



Gangguan Hubungan Kelamin



Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan.

Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.



Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.



Gangguan Kesihatan



Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.



Oleh Sebab itu, jangan ambik mudah tentang berpantang, pakai bengkung, makan jamu bersalin & makan makanan yg disyorkan.. Kalau tak tau nak cari kat mana jamu, Bengkung, daun mandi, senang cite barangan untuk berpantang.

Untuk memudahkan anda berpantang gunakan Set Bersalin Mak Bidan D’Herbs. Ianya lengkap semua dalam satu set khusus untuk penjagaan dalaman dan luaran wanita ketika berpantang

Selepas habis berpantang anda boleh amalkan Minuman Botani Kocok untuk kesihatan dalaman wanita.



Harga: RM 199.00


Harga: RM 79.00

Order Online, Hubungi: Hisham (012-663 0604)
Share:

0 comments:

Post a Comment