10 Petua Hilangkan Bau Ketiak Hangit Dengan Berkesan & Semulajadi ~ Akak Terlajak Laris

Monday, 17 April 2017

10 Petua Hilangkan Bau Ketiak Hangit Dengan Berkesan & Semulajadi

10 Petua Hilangkan Bau Ketiak Hangit Dengan Berkesan & Semulajadi




Cuaca di Malaysia ni bukan sejuk macam oversea. Bila panas, bukan ketiak sahaja berpeluh, tapi satu badan pun sama. Tak bermakna perlu dibiarkan sahaja, perlu buat sesuatu untuk hilangkan bau ketiak.


10 PETUA HILANGKAN BAU KETIAK HANGIT DENGAN CEPAT & BERKESAN

Jadi jika deodoran masih tidak boleh membantu, bolehlah cuba petua hilangkan bau ketiak ini.

1. CUKA EPAL

Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau ‘apple cider’.

Cara: Tuang cuka dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.

Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan menyahkan bau badan.


2. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek.

Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.


3. HYDROGEN PEROXIDE

Selain farmasi, bahan ini biasanya boleh dijumpai dalam peti kecemasan atau ‘first aid kit’.

Cara: Campur satu sudu hydrogen peroxide dalam satu cawan air dan gaul hingga sebati.

Celup kain atau tuala bersih pada ketiak. Jika tidak sempat, boleh sahaja sapukan terus pada ketiak.


4. LEMON

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.

Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.

Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.


5. AIR MAWAR

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.

Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

petua hilangkan bau ketiak
Foto Kredit: aliexpress.com

6. BATU KRISTAL

Batu kristal ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak sukakan bahan kimia atau bau-bauan daripada deodoran. Ada yang dijual dalam bentuk ketulan seperti sabun, dan ada juga dalam bentuk seperti deodoran.

Cara: Pemakaiannya sama seperti deodoran.

Sila Hubungi/call/sms 0192055680



7. BEDAK BAYI

Bedak talkum biasa atau bedak bayi amat sesuai untuk mengatasi bau badan.

Cara: Apabila rasa lekit pada ketiak, terus letak bedak pada ketiak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.


8. SERBUK SANDALWOOD

Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.

Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.


9. TAWAS

Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang telah dijadikan serbuk.

Cara: Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul.

sengkuang

10. SENGKUANG

Cara: Kisar halus hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia menghilangkan bau sehingga 10 jam lamanya.

UNTUK KESAN LEBIH EFEKTIF,

Praktikkan petua hilangkan bau ketiak ini dan anda pasti akan dapat merasakan kesannya.

Malah, ada antaranya yang lebih mujarab berbanding deodoran yang ada di pasaran.

Share:

0 comments:

Post a Comment