8 Rahsia Berpantang Selepas Bersalin. Boleh Kurus Balik! ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 25 April 2017

8 Rahsia Berpantang Selepas Bersalin. Boleh Kurus Balik!


Kebanyakan wanita yang baharu melahirkan anak akan berasa tertekan untuk mendapatkan semula bentuk badan ramping. Ia merupakan cabaran paling sukar selepas melalui kesukaran dan kesakitan bersalin.

Sebenarnya tidaklah sesusah mana jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan azam yang kuat untuk kembali langsing. Yang pasti, anda perlu patuh kepada lapan rahsia ini untuk mencapai impian tersebut.

1. Pakai bengkung

Jangan malas memakai bengkung sepanjang berpantang! Lagi baik kalau boleh diteruskan lebih daripada 40 hari tempoh berpantang anda. Memakai bengkung dengan kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik ibu selepas bersalin.

Ia juga dapat mengelakkan ibu masuk angin serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor. Bengkung sangat berkesan membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang banyak di bahagian paha, punggung dan perut. Jadi, bagi yang belum bersalin pastikan bengkung masuk dalam senarai barang wajib beli!

2. Berparam

Biasanya ibu moden zaman sekarang memang malas hendak pakai param semasa berpantang. Katanya rimas! Tetapi tahukah anda, kesan memakai param sangat menakjubkan.

Param adalah sejenis campuran herba yang bertujuan untuk memanaskan badan. Biasanya param disapu di seluruh badan terutama perut yang buncit. Ia memang bagus untuk ibu lepas bersalin yang perlu sentiasa dalam keadaan panas. Sekarang set param ada dalam bentuk losyen yang lebih memudahkan ibu memakainya berbanding bentuk serbuk dan perlu dibancuh. Jadi, tiada alasan lagi ya!


3. Bertungku

Ini lagi satu amalan berpantang yang memang sedap dilakukan tetapi ramai lagi yang malas hendak buat. Bertungku dikatakan dapat membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan kesegaran badan.

Kini ada bermacam tungku moden yang memudahkan ibu menggunakannya sepanjang berpantang. Bertungku perlu dilakukan selama sejam atau sekurang-kurangnya setengah jam sepanjang berpantang.


Sila Hubungi 0192055680


4. Sentiasa dalam keadaan hangat

Memakai stoking memang sinonim dengan ibu berpantang. Tujuannya untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan hangat. Ini kerana ibu lepas bersalin tidak boleh dalam keadaan sejuk kerana dibimbangi akan mengalami bentan.

Dengan memakai stoking, berbaju lengan panjang dan berbaju sejuk, ia dapat membantu ibu kekal hangat dan berpeluh. Jangan sekali-kali makan dan minum makanan dan minuman yang berais ya.

5. Bersauna

Okey yang ini memang seronok dilakukan. Ia memang akan membuatkan badan terasa segar kembali. Sauna akan membuatkan pengaliran darah lebih lancar, badan kembali bertenaga dan dapat memecahkan lemak-lemak yang berkumpul dalam badan kerana ibu akan berpeluh dengan banyak sekali ketika bersauna.

6. Berurut

Urutan yang betul dapat melancarkan pengaliran darah, memulihkan kekejangan otot, memecahkan lemak dan membuang angin. Badan menjadi lebih segar dan bertenagan serta mengurangkan kelesuan.

7. Menyusukan bayi

Bayi memerlukan antara 300 hingga 500 kalori sehari. Dia akan mengambil kalori yang diperlukan itu daripada lemak-lemak dalam badan ibu ketika menyusu. Jadi, tak sempatlah lemak ibu hendak membiak.

8. Jaga makan

Jangan makan sebarangan! Pastikan anda berdisiplin makan makanan orang berpantang. Jangan pantang nampak makanan! Makanan berpantang yang lebih kepada cara memasak kukus, panggang, bakar dan tanpa minyak sememangnya menyihatkan dan membantu ibu kembali kurus dengan cepat.

Kesimpulannya, hendak cantik dan langsing mestilah kena berkorban dan berdisiplin. Jangan malas buat semua itu kemudian 'bising' kenapa badan bagai dipam-pam selepas bersalin.

Share:

0 comments:

Post a Comment