Gerakan 3 Minit Sebelum Tidur Ini Mampu Atasi Masalah Peha Besar. ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 19 April 2017

Gerakan 3 Minit Sebelum Tidur Ini Mampu Atasi Masalah Peha Besar.

Gerakan 3 Minit Sebelum Tidur Ini Mampu Atasi Masalah Peha Besar.



Paha besar. Ini antara masalah ramai wanita sekarang. Malah ada yang berdepan bentuk badan tak seimbang bila bahagian paha lebih besar daripada tubuh bahagian atas.

Tapi paling tidak seronok adalah kesukaran mencari saiz seluar yang boleh memuatkan bahagian kaki yang besar memandangkan kebanyakan potongan seluar ketika ini kecil-kecil belaka.

Agar lemak di bahagian paha tak terus bertambah ada baiknya anda melakukan gerakan ini sebelum tidur. Menariknya ia hanya memerlukan masa tiga minit ia boleh membantu melunturkan lemak-lemak di bahagian kaki anda.

1 Gerakan V-Stretch



Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Duduk di lantai dan buka kaki seluas-luasnya ke sisi. Tegakkan tubuh kemudian bongkokkan badan dan kepala ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Tahan selama 5-15 saat kemudian tegakkan semula badan. Lakukan sebanyak 8 kali. Ulang gerakan yang sama untuk kaki kanan.

2 Angkat Kedua Kaki ke Atas



Dalam keadaan berbaring, angkat kedua kaki ke atas. Kedua tangan berada di sisi menekan lantai. Kemudian, lakukan gerakan seperti dalam gambar di bawah ini.


Bengkok kedua kaki ke dada, angkat ke atas, hayunkan lalu kembali ke posisi asal semula. Ulang sebanyak 8 kali.


3 Gerakan Superman Terbang



Posisikan tubuh dalam keadaan menelangkup di lantai. Kemudian regangkan kedua tangan ke depan sejauh mungkin. Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.

Jadikan 3 gerakan ini sebagai rutin setiap malam sebelum tidur jika mahu melihat hasilnya. Jangan hanya seminggu kemudian berharap paha akan kecil langsing.

sumber: vanillakismis

Sila hubungi 0192055680



Share:

0 comments:

Post a Comment