Tak nak dibenci suami, elakkan 8 C ini! ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 25 April 2017

Tak nak dibenci suami, elakkan 8 C ini!

Tak nak dibenci suami, elakkan 8 C ini!


Agar rumah tangga yang dibina terus utuh dan kekal harmoni, para isteri haruslah memberikan perhatian terhadap ciri-ciri 8C yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini.

Ciri-ciri 8C ini merupakan kebiasaan sikap seorang isteri yang tidak seharusnya dilakukan. Semoga renungan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang isteri yang baik, malah disayangi suami selamanya.

1. Cabar

Lelaki sememangnya memiliki sifat ego yang tersendiri dan tidak suka dicabar terutamanya oleh wanita. Ketika bergaduh, isteri haruslah mengelak daripada mengungkapkan kata-kata mencabar sebegini - “Kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain!”. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menasihati para isteri agar tidak mencabar suaminya, dikhuatiri isteri akan berputih mata jika suami benar-benar melakukannya.

2. Cabul

Jangan sesekali isteri melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada suami, mertua atau ipar-duai.

3. Celupar

Secantiknya manapun wajah seorang isteri, dia akan terlihat hodoh jika mempunyai mulut yang celupar. Oleh itu jauhi daripada mempunyai sikap selalu menyebut perkataan yang tidak elok ataupun sering terlepas cakap kepada suami sehingga membuatkan suami berkecil hati.

4. Comot

Ada segelintir wanita yang cantik tetapi comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan dan tindak-tanduknya. Jangan hanya berhias ketika ingin keluar rumah, sebaliknya berhiaslah untuk tatapan suami walaupun anda berada di rumah.



Sila Hubungi 0192055680


5. Cemburu

Cemburu sememangnya perlu dalam sesebuah hubungan. Namun awas! Bagi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya rasa terkongkong, anda sebenarnya mengundangkan padah dalam hubungan anda berdua. Ini akan membuatkan suami rasa diri mereka tidak dipercayai, malah rasa rimas jika isteri mempunyai sifat cemburu yang berlebihan.

6.Cerewet

Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlulah mengawal setiap percakapannya. Ini kerana suami tidak suka isterinya bersifat cerewet tidak bertempat.

7. Cincai

Isteri yang sering menguruskan kerja-kerja rumah dengan sambil lewa atau cincai pastinya mengundang rasa tidak senang di hati suami. Elak daripada mengambil mudah setiap perkara agar anda tidak dibenci suami. Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami paling benci apabila isterinya cincai menjaga anak.

8. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya apabila ia melibatkan masa. Apabila suami menetapkan jam 3 untuk keluar dan dalam masa yang sama isteri masih sibuk bersolek, perkara cuai sebeginilah yang membuatkan suami benci.


** Sememangnya manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu. Mungkin disebabkan oleh sifat suami dan keadaan sekeliling membuatkan isteri mempunyai salah satu ciri-ciri 8C ini. Apa yang penting, anda hendaklah sentiasa bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Share:

0 comments:

Post a Comment