Air Nabeez, Cara Singkir Toksin Dari Tubuh Paling Berkesan Di Bulan Puasa ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 16 May 2017

Air Nabeez, Cara Singkir Toksin Dari Tubuh Paling Berkesan Di Bulan Puasa


Kalau waktu berpuasa setiap kali berbuka dan bersahur kita disunatkan terlebih dahulu makan kurma apa kata tambah satu lagi amalan berkaitan dengan kurma yang mampu memberi manfaat kesihatan lebih lagi.

Amalkan juga minum air rendaman kurma. Sekiranya anda turut ada misi mahu menguruskan badan serta memperbaiki kesihatan pada bulan puasa nanti maka air ini elok sangat diminum setiap hari sebelum sahur.

Turut dikenali sebagai air nabeez, air ini juga amalan Nabi Muhammad s.a.w.  Ia pernah disebut dalam beberapa hadis antaranya:

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya.

Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya baginda SAW meminumnya”.

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)

Sebenarnya air nabeez ini sama dengan 'infused water' yang dipopularkan masyarakat barat. Ia terlebih dahulu diamalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Kelebihan air nabeez:

Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Ia sangat berguna sebagai detox.

Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.

Sila hubungi 013-2334133

Cara membuat air nabeez:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.

2. Sediakan air masak anggaran 500ml - 1 liter.

3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.

4. Bangun sahur keesokan hari, minumlah air ini.

Info:

Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pada hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.

Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.

Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.

Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.

Foto: Facebook Kayumanisceylon
Share:

0 comments:

Post a Comment