Tanda Anda Mengalami Alat Sulit Kering Ketika Hubungan Intim & Cara Mengatasinya ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 24 May 2017

Tanda Anda Mengalami Alat Sulit Kering Ketika Hubungan Intim & Cara Mengatasinya


Dalam isu hubungan kelamin, mood atau ghairah wanita berusia 40an lebih lambat berbanding wanita berusia 20an dan 30an. Berbanding lelaki, wanita lebih lambat untuk terangsang dan memerlukan masa yang lebih panjang. Oleh itu, kekeringan faraj menambahkan lagi konflik dalam hubungan intim.

Ramai wanita tidak menyedari bahawa kemerosotan hormon estrogen antara punca menyebabkan kekeringan faraj. Pada usia 20an dan 30an, kekuatan dinding faraj dan lendiran yang keluar dipengaruhi oleh kepekatan yang tinggi hormone estrogen dalam tubuh.

Apabila usia meningkat dan memasuki fasa usia 40an, hormon estrogen semakin berkurang menyebabkan lendiran juga berkurang. Hal ini menyebabkan kekeringan faraj dan mood untuk hubungan kelamin juga berkurang. Oleh itu, ketahui tanda awal anda mengalami masalah kekeringan agar ia dapat diatasi dengah segera.

Tanda Faraj Kering Ketika Hubungan Intim

1. Kegatalan pada bahagian kemaluan luar
2. Terasa pedih seperti terbakar
3. Tidak selesa semasa mencuci kemaluan
4. Kerap membuang air kecil
5. Perit dan berlaku pendarahan semasa hubungan intim
6. Jangkitan saluran kencing


Whatsapp - 0132334133

7 Tips Atasi Masalah Faraj Kering Ketika Hubungan Intim

1. Minum air kosong yang banyak, dalam 3 liter sehari bergantung kepada keperluan tubuh.

2. Anggaran 1L untuk setiap 25kg berat badan anda.

3. Hindari sabun atau pencuci vagina yang boleh merengsakan bahagian tersebut. Pilih yang non-    
chemical. Boleh bilas dengan menggunakan air rebusan sirih atau manjakani.

4. Amalkan diet yang seimbang untuk mengelak berlakunya masalah ketidakstabilan hormon.

5. Guna pelincir semasa hubungan intim. Lebih disarankan menggunakan sapuan gel aleo vera kerana ia semulajadi dan mampu melembabkan dinding vagina.

6. Rajin merawat dan menjaga kebersihan vagina.

7. Mengambil makanan herba yang mengandungi isoflavon untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan hormon.

8. Mengambil vitamin dan makanan tambahan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengurangakn gejala peningkatan usia.



Share:

1 comment: