Cara Mudah Buat Krim Pemutih Wajah Secara Semulajadi ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 25 May 2017

Cara Mudah Buat Krim Pemutih Wajah Secara Semulajadi

CARA MUDAH BUAT KRIM PEMUTIH WAJAH MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI DAN TANPA BAHAN KIMIA


Untuk mempunyai kulit muka yang putih, bersih serta bebas noda tidak seharusnya kita mengeluarkan modal yang banyak lebih lebih lagi untuk produk dipasaran yang mengandungi bahan kimia.

Hanya guna bahan bahan ini sahaja.

Bahan-bahan:

1 biji sengkuang saiz sedang
2-3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu / minyak zaitun
1 gelas air

Langkah membuatnya:

1. Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah mengental.

2. Kemudian, saring dan perah dengan saringan seperti santan kelapa untuk memasak. Lalu diamkan selama semalam agar ekstrak sengkuang mendap.

3. Pada esok harinya, buang air yang ada di atasnya dan ambillah mendapan atau ekstrak sengkuangnya. Kemudian, Masukkan air lemon dan madu, kacau sehingga tercampur sebati dan jadi krim.

4. Gunakan krim itu untuk jadikan sebagai krim pelembab muka anda seharian, pakai secara teratur serta teratur 2 kali sehari. Dalam 1 minggu, anda bakal mendapat kulit putih, bersih dan halus.


Call/sms/wassap 013 2334133

Share:

0 comments:

Post a Comment