Celah Paha Jadi Hitam, Gunakan Dua Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkannya ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 12 May 2017

Celah Paha Jadi Hitam, Gunakan Dua Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkannya

Celah Paha Jadi Hitam, Gunakan Dua Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkannya




Celah paha adalah antara anggota tubuh yang sukar untuk dijaga kerana ia merupakan bahagian tubuh yang agak tertutup dan sering menyebabkan berlakunya kesan hitam pada bahagian tersebut.

Hal ini menjadi masalah utama khasnya buat wanita kerana siapa yang tidak stres bila melihat anggota tubuhnya bertukar menjadi hitam.

Mencerahkan atau memutihkan kulit di bahagian tertutup seperti itu sememangnya tidak memerlukan kepakaran yang tinggi, namun tidak semua orang tahu bagaimana untuk melakukannya secara semula jadi dan berkesan.

Jika korang turut mengalami masalah ini, apa yang patut dibuat?

Berat badan berlebihan
Pangkal paha menjadi lebih gelap kebiasaannya didorong oleh beberapa faktor dan antaranya adalah apabila seseorang itu mempunyai masalah berat badan.

Ketika korang berjalan, terjadinya gesekan di antara kulit paha sehingga lama-kelamaan warna kulit di bahagian tersebut menjadi lebih gelap berbanding sebelumnya. Menurunkan berat badan dapat membantu mengurangi gesekan tersebut.

Kerap digaru
Keadaan kulit yang lembap menjadikan ia kerap berpeluh terutamanya di bahagian celah paha. Bila berpeluh, mulalah rasa gatal-gatal dan tangan ni pun tak reti duduk diam terus rasa nak menggaru.

Menggaru di sekitar pangkal paha boleh menyebabkan luka dan iritasi sehingga kulit menjadi gelap. Apabila rasa gatal, cukuplah sekadar sap dan keringkan secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau kain bersih.

Call/sms/wassap 0132334133


Kesan jangkitan dan hormon
Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan sering mengalami masalah ini kerana lipatan pada pangkal paha meninggalkan pigmentasi berlebihan. Resistensi insulin yang kerap terjadi kepada wanita mendorong kulit celah paha bertukar menjadi lebih gelap.

Hapuskan dengan mudah

Cara yang paling mudah dan berkesan boleh korang cuba adalah dengan menggunakan bahan semula jadi seperti kapur sirih dan limau nipis bagi menghilangkan kesan hitam pada celah paha.

Campurkan kedua bahan tersebut dan sapu kan pada bahagian celah paha yang hitam. Lakukan dengan kerap bagi melihat hasil yang ketara.

Selain itu, timun dan lemon juga dilihat dapat memutihkan bahagian tersebut secara semula jadi.

Tak perlu membuat rawatan berkos tinggi, bahan-bahan alami seperti ini nyata dapat membantu menghilangkan kesan hitam bukan sahaja di celah paha, namun ia juga dapat menghilangkan kehitaman di celah ketiak dan juga leher.

Selamat mencuba!
Share:

1 comment:

  1. Assalamu alaikuml
    can you tell me this website the name I want to make new website

    ReplyDelete