Ini Sebabnya Kenapa Jerawat Kerap Naik Dibahagian Anggota Badan Ini ~ Akak Terlajak Laris

Monday, 8 May 2017

Ini Sebabnya Kenapa Jerawat Kerap Naik Dibahagian Anggota Badan Ini


1. JERAWAT DI DAGU ATAU LEHER

Kalau jerawat banyak naik di kawasan sekitar dahu dan leher, ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid anda. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak dan menyebabkan liang pori tersumbat. Bila liang pori tersumbat, ini yang menyebabkan kulit anda berjerawat.

Cara untuk mengatasi : Seminggu sebelum tiba masanya anda datang bulan, jika anda menggunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ atau mempunyai kandungan seperti benzoyl peroxide, bagus untuk anda menggunakannya secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum naik jerawat.

2. JERAWAT DI DAHI ATAU HIDUNG

Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan ‘T-Zone’ ini memang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan ‘breakout’.

Cara mengatasi: Kurangkan makanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan elak makan yang anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.

3. JERAWAT DI KAWASAN ANAK RAMBUT

Ini bermakna anda ada masalah dengan produk rambut. Kalau lelaki, mesti selalu gunakan minyak rambut atau ‘pomade’ kan? Jerawat akan berlaku jika produk tersebut terkena dahi dan anda tidak mencucinya dengan bersih.

Cara mengatasi: Pastikan ketika menggunakan minyak rambut, jangan sampai tersentuh bahagian hujung rambut iaitu ke arah dahi. Selain itu, basuh kepala dengan bersih da gosok juga bahagian anak rambut untuk mengelakkan sisa-sisa minyak rambut dari terus ada.

4. JERAWAT DI PIPI

Tangan kotor atau telefon bimbit yang kotor juga adalah penyebab kepada jerawat di bahagian pipi. Biasalah, kadang-kadang kita sentuh muka pun tak sedar tangan bersih atau tak. Sebab itu jugalah muka selalu naik jerawta di kawasan pipi. Selain itu, jerawat di kawasan pipi ini juga adalah kerana suhu badan panas dan sarung bantak tidur yang kotor.

Cara mengatasi: Elakkan menyentuh muka dengan terlalu kerap dan pastikan tangan bersih dahulu. Selain itu, makan makanan yang boleh menyejukkan badan dan basuh sarung bantal selalu ya!

5. JERAWAT DI KAWASAN BIBIR

Ini berkait rapat dengan diet anda. Jika anda terlalu banyak makan makanan yang berasid seperti lemon atau makanan berasaskan cuka, maka anda mudah untuk dapat jerawat di kawasan bibir. Selain itu, jerawat di bahagian bibir untuk juga adalah disebabkan oleh masalah penghadaman.

Cara mengatasi: Setiap kali selesai makan, lebih bagus untuk gunakan ‘facial wipes’ atau ‘antibacterial wipes’ untuk lap mulut. Ini dapat membantu anda untuk mengelakkan dari selalu dapat jerawat di kawasan bibir. Sakit tau!

6. JERAWAT DI DADA ATAU BELAKANG BADAN

Jika jerawat selalu tumbuh di bahagian dada dan belakang badan, ini bermakna ada masalah dengan pakaian dalam atau ‘bra’. Jika anda selalu pergi bersukan dan memakai ‘sport bra’ yang dari kain cotton, lebih mudah jerawat tumbuh dengan banyak. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang pun boleh menyebabkan badan anda akan mudah ditumbuhi jerawat.

Cara mengatasi: Jika selalu bersenam, lebih baik untuk anda pakai pakaian yang diperbuat dari polyster atau microfibre. Selain itu, kawal pemakanan dengan mengamalkan makan oat juga dapat membantu anda mengurangkan risiko jerawat di bahagian ini.

Sumber: siraplimau

Share:

0 comments:

Post a Comment