Resepi Nasi Mandy Kambing Untuk Juadah Hari Raya ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 30 May 2017

Resepi Nasi Mandy Kambing Untuk Juadah Hari Raya


Bahan: Serves (4-5 org)

400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi

Cara:

Kambing:

Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam)
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
Masukkan 1 bj sudu steel semasa merebus utk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing tu dibasuh dan perap dgn tepung yg dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. pastu toskan)

Nasi:

1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning atau saffron, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau.
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehingga masak.

*Tumis rempah ratus direct dalam periuk nasi tapi menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.


Sos:

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.



Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam
sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Share:

0 comments:

Post a Comment