9 Tip Kekal Cergas Dan Bertenaga di Bulan Ramadan ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 25 May 2017

9 Tip Kekal Cergas Dan Bertenaga di Bulan Ramadan



1. Melewatkan waktu sahur, kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.

2. Ambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang lama dan melambatkan rasa lapar.

3. Lebihkan makanan yang cepat dihadam ketika berbuka, seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan nie mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam.

Whatsapp - 013-2334133

4. Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Selain makanan sunnah ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian penat berpuasa.

5. Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.

6. Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.

7. Tingkatkan pengambilan air. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka, ini termasuklah jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Minum 2-3 gelas air putih sebelum tidur, Minum 2 gelas air putih sewaktu sahur.

8. Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.

9. Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Sumber: SirapLimau
Share:

0 comments:

Post a Comment