5 Manfaat Kecantikan Yang Menakjubkan Daripada Buah Limau Gedang ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 22 June 2017

5 Manfaat Kecantikan Yang Menakjubkan Daripada Buah Limau Gedang



Buah limau gedang ini kurang sedap jika dimakan begitu sahaja, ia jauh lebih sedap jika dibuat jus atau dimakan bersama sebuk asam boi.

Banyak manfaat Limau Gedang untuk kesihatan antaranya membantu mengurangkan masalah keletihan, demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan, antiseptik untuk luka dan banyak lagi.

Berikut pula adalah 5 manfaat kecantikan yang menakjubkan daripada buah limau gedang, dipetik dari Akedemi Flora:



1. Mencegah Penuaan

Potassium dalam limau gedang membantu melicinkan garis-garis halus dan kedutan, dengan itu membantu mendapatkan kulit yang kelihatan lebih muda. Ia juga menyediakan perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya daripada matahari, dengan itu memastikan bahawa kerosakan daripada matahari dikurangkan.

2. Meningkatkan Pembentukan Kolagen

Untuk kulit kelihatan lebih muda, tegang dan cantik, adalah penting untuk memastikan bahawa pembentukan kolagen yang sihat dan keanjalan semula jadi kulit dikekalkan dengan baik. Limau gedang membantu banyak dalam hal ini, terima kasih kepada kandungan Vitamin A dan C yang tinggi, yang meningkatkan pembentukan kolagen.

3. Melawan Kelemumur


Ekstrak biji limau gedang boleh digunakan untuk disapu kepada rambut dan kulit kepala, untuk mengurangkan kelemumur dan membersihkan folikel yang tersumbat, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Menjadikan Kulit Lebih Lembut

Bersama-sama dengan Vitamin C, limau gedang juga kaya dengan asid amino yang menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Anda boleh menggunakan limau gedang sebagai mask muka semulajadi di rumah untuk mendapatkan manfaat terbaik.

5. Membantu Sekatakan Tona Kulit

Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mengalami masalah jerawat, benar-benar boleh bergantung kepada limau gedang untuk pembersihan dan mendapatkan tona kulit muka yang sekata. Ia secara semula jadi meningkatkan pH kulit dan membantu dalam mengurangkan jerawat, dan juga membersihkan liang muka untuk memberikan anda kulit yang lebih baik. Ia turut membantu mencegah tona kulit yang tidak sekata.

Selain itu, ia juga mengandungi lycopene (yang hadir dalam tomato juga), yang membantu melawan kanser.

Sumber - CARI

Whatsapp/call - 013-2334133



Share:

0 comments:

Post a Comment