Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Untuk Rumahtangga Kekal Bahagia ~ Akak Terlajak Laris

Monday, 5 June 2017

Jangan Abaikan 5 Perkara Ini Untuk Rumahtangga Kekal Bahagia


Pasangan mana yang tidak bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan, hanya perlu banyak belajar dan bersabar.

1. Tiada rahsia

Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang.

2. Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua

Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua.
Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.

3. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama

Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus.

4. Mohon doa ibu bapa & mertua

Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.
                                   
Call/sms/wasaap 0132334133

5. Seimbangkan keperluan s eks

Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya. Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

Sumber: Soleh.net
Share:

0 comments:

Post a Comment