6 Manfaat Sihat Bagi Anda Yang Mudah Menangis, Sudah Tahu? ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 22 June 2017

6 Manfaat Sihat Bagi Anda Yang Mudah Menangis, Sudah Tahu?


Siapa di sini mudah sangat menangis? Sebenarnya, mudah menangis ini adalah hal yang normal semasa melihat, mendengar atau mengetahui sesuatu yang menyedihkan. Bukan sahaja sedih, malah seseorang itu boleh menangis disebabkan berasa amat gembira.

Menurut boldsky.com, menangis adalah tindak balas tubuh yang terhadap keadaan yang emosional. Ternyata menangis menyimpan banyak manfaat sihat antaranya:

1. Meredakan stres dan ketegangan

Sudah banyak kajian yang membuktikan menangis boleh memulihkan keadaan fizikal dan mental seseorang.

2. Detoks tubuh badan

Semasa menangis, air mata yang keluar akan membawa sekali racun dan kotoran di dalam mata, menjadikan mata anda bersih.

Call/Wassap 0132334133

3. Pembersih semula jadi

Air mata yang dikeluarkan mengandungi enzim yang Lisozim dan enzim ini bersifat anti bakteria yang mampu membersihkan mata dari kuman

4. Mencegah mata kering

Air mata mampu melembapkan mata dan menghalangnya dari kemerahan akibat kering.

5. Meningkatkan 'mood'

Menangis dapat membantu diri seseorang untuk menjadi lebih tenang dan meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, iaitu hormon yang membuatkan anda berasa lebih baik.

Banyak rupanya manfaat menangis, jadi usah risau jika diri anda memang seorang yang mudah menangis, ya?

Sumber: CARI
Share:

0 comments:

Post a Comment