Susah Nak Tidur? Anda Mungkin Hadapi Salah Satu Jenis Insomnia Ini ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 22 June 2017

Susah Nak Tidur? Anda Mungkin Hadapi Salah Satu Jenis Insomnia Ini


Menurut National Sleep Foundation, orang dewasa memerlukan antara tujuh hingga sembilan jam untuk tidur setiap malam. Kesulitan mendapatkan tidur yang cukup menyebabkan aktivit seharian terganggu. Menurut National Sleep Foundation juga terdapat lima jenis gejala Insomnia.

1. Acute Insomnia

Keadaan ini hanya berlaku sekali-sekala sahaja. Keadaan ini biasanya disebabkan disebabkan sesuatu yang terjadi di dalam kehidupan seharian seperti stres dengan pekerjaan, terima berita buruk atau melalui perjalanan jarak jauh. Jangan risau jika anda menghidap insomnia akut, kerana ia tidak memerlukan apa-apa rawatan.

2. Chronic Insomnia

Kesukaran untuk tidur dalam suatu jangka masa panjang dan dianggap kronik apabila anda mengalami kesukaran tidur sekurang-kurangnya tiga hari seminggu dalam masa tiga bulan atau lebih. Insomnia kronik berlaku kerana banyak sebab, antaranya termasuk masalah kesihatan seperti selesema, asma dan banyak lagi.

3. Comorbid Insomnia


Keadaan ini berlaku apabila anda mengalami gangguan psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan. Masalah kesihatan seperti sakit belakang atau sakit sendi juga boleh menyebabkan insomnia atau membuat anda sukar untuk melelapkan mata.

4. Onset Insomnia

Mengalami kesukaran tidur pada awal malam.

5. Maintenance Insomnia

Sukar sambung tidur. Keadaan ini menyebabkan penderita sering terjaga pada waktu malam dan mengalami kesukaran untuk menyambung tidurnya.

Adakah anda penghidap Insomnia? Jika ya, anda yang mana?

Call/ wassap 0132334133

Share:

0 comments:

Post a Comment