Cara S.A.W Rasulullah Melayani Isteri ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 9 June 2017

Cara S.A.W Rasulullah Melayani Isteri



 MAKAN DAN MINUM BERSAMA ISTERI DALAM SATU WADAH. 

Aisyah berkisah: "Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekaa bibir saya" (HR.Muslim). 

Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan, hidup bersama dlm suka dan duka, makan nasi sepiring berdua, minum air segelas berdua. 

Hadis ini juga memberi Hikmah bahawa semestinya diantara suami dan isteri tidak boleh ada yang merasa jijik dgn bekas bibirnya. 

 BERSANDAR KEPADA ISTERI. 

Aisyah berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w menyandarkan atau meletakkan kepalanya diatas riba, padahal aku sedang datang bulan" (HR.Muslim). 

Kemesraan suami dan isteri boleh dibina dgn saling menyandarkan kepala kepada pasangannya. Jika sedang dlm perjalanan, boleh salah satu menyandarkan kepala dibahu atau dipangkuannya. Bila sedang santai dirumah, boleh bergantian saling menyandarkan kepala di dada atau dipangkuan masing masing. 

 BERSUCI ATAU MANDI BERSAMA ISTERI 

Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa ketika malam hari Rasulullah berjalan bersamanya, beliau juga bercakap "sambil membersihkan badan" (HR.Bukhari). 
Dalam hadis lain Aisyah menceritakan bahawa dirinya dan Rasulullah mandi dlm satu tempat dan bergantian menggunakan gayung. Apa yang dilakukan Aisyah bersama Rasulullah bukanlah perkara pantang bagi suami isteri, malah boleh meningkatkan kasih sayang. 

MEMBANTU PEKERJAAN RUMAH. 

Aisyah ditanya, apa yang dilakukan Rasulullah dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Rasulullah selalu melakukan apa yang dilakukan isterinya "(HR.Bukhari). 

Cinta kepada isteri bererti memperhatikan dan membantu pekerjaan isteri di rumah. Jangan kerana sudah bekerja diluar, lalu dirumah tidak mau membantu isteri. 

 MEMBERI HADIAH KEPADA SAHABAT ISTERI. 

Apabila Rasulullah memotong kambing, Beliau bersabda: "Kirimkan ini kepada sahabat-sahabat Khadijah" (HR.Muslim). 

Menyintai isteri bukan bermakna mengekang isteri, lalu tidak boleh berkaitan dgn sahabat "nya. 
Suami yang bijaksana justru membrikan sokongan kepada isteri utk menjalin persahabatan. Bahkan sekali kali ada baikny membr hadiah kepada sahabat "isteri, tentu dgn pengetahuan isteri, akan berbahaya bila seorang suami memberikan hadiah kepada sahabat isteri tanpa pengetahuan beliau. 
Jika suatu saat isteri tahu, maka dia boleh menuduh atau mengesyaki teman makan teman. 

sumber: www.mariafirdz    

Call/sms/wasaap 0132334133
Share:

0 comments:

Post a Comment