Jangan Ambil Mudah! Sakit Belakang & Sakit Kaki Antara 7 Petanda Rahim Tidak Sihat ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 21 June 2017

Jangan Ambil Mudah! Sakit Belakang & Sakit Kaki Antara 7 Petanda Rahim Tidak Sihat


Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang mesti di jaga. Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan. Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti 7 petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan itu sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.

Sakit Pinggang

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

Sakit Tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

Sakit ari-ari

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

Kerap Kencing atau Tak Lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.

Sakit Ketika Bersetubuh

Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

Angin Pada Perut

Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.

Kentut Vagina

Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.

Whatsapp 0132334133
Share:

0 comments:

Post a Comment