Apakah Yang Tersirat Dihati Seorang Isteri ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 9 June 2017

Apakah Yang Tersirat Dihati Seorang Isteri





Secara keseluruhannya, ahli psikologi mendapati perbezaan lelaki dan perempuan bukan saja dapat diperhatikan daripada gaya pemikiran, cara pengurusan diri, tetapi juga cara percakapan.Antara yang paling kerap berlaku salah faham adalah apabila isteri menggunakan ayat tersirat ini.

 Tak tahulah nak masak apa hari ni
Ada masanya isteri akan SMS atau Whatsapp cakap begini kan? Jangan buat-buat tak tahu, inilah sebenarnya ajakan untuk makan di luar. Mungkin mereka dah jemu dengan air tangan sendiri, bahan dapur tak cukup, penat melayan anak-anak atau memang dah kering idea dan tak ada semangat nak memasak. 
Jadi, tak payah susah-susah nak perah otak atau bagi idea pelik untuk memasak. Ajak saja isteri dan anak makan di luar, mesti isteri suka !!

Anak tak tidur seharian hari ni
Bila isteri cakap anak tak dapat tidur, maksudnya seharian dia melayan karenah si kecil dan tak dapat buat kerja lain. Jadi, jangan ‘expect’ rumah anda cantik tersusun, baju dah bergosok, makanan semua dah terhidang, dan sebagainya apabila balik kerja nanti. Sebaliknya, kalau ada masa lebih, tolonglah mana-mana kerja rumah yang patut.

Kan seronok kalau...
Ayat ini sebenarnya tak memerlukan sebarang jawapan pun daripada pihak suami. Isteri sebenarnya sedang memerhatikan reaksi anda dari atas sampai ke bawah. Bagi yang masih tak faham, ia sebenarnya adalah satu bentuk ‘permintaan’ atau ‘arahan’. 

Contohnya kalau isteri cakap, “Kan seronok kalau dapat pergi berurut.” Ini maksudnya anda kena urut dia sekarang. Kalau malas, bawalah dia ke spa atau tempat urut yang sesuai.
Ok !!
Dalam apa jua keadaan, lelaki akan menggunakan perkataan ‘ok’ apabila semuanya baik. Tiada masalah. Tapi, bagi seorang perempuan, perkataan yang terlalu pendek seperi ‘ok’ memang bahaya, terutamanya apabila dalam mesej. Mungkin ia bermaksud ‘Entahlah’, ‘Tak pasti’ atau ‘Tak ok’. 
Jadi, cepat-cepatlah tanya kalau ada masalah.Ayat ‘okay’ atau ‘ok, fine’ ini juga paling selalu digunakan apabila seorang perempuan dah malas nak bertekak. Maksudnya, ‘Tolong diam. Apapun, kau tetap salah.’

Suka hatilah..
Kalau dah beri persetujuan maksudnya bolehlah buatkan. Apa lagi? Jom! Ops, jangan salah anggap, sebenarnya bagi kebanyakan kes, ini sebenarnya ayat mencabar. Kalau berani, buat. Siaplah bila balik nanti.


Call/sms/wassap 013 2334133
sumber:www.dakcaii.                               
Share:

0 comments:

Post a Comment