6 Tip & Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 7 June 2017

6 Tip & Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah


1. Baking Soda

Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

2. Aloe Vera

Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang. selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

3. Minyak Kelapa

Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.

4. Timun

Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu

Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya.

6. Lemon

Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.

Air Tebu

Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

Call/sms/wasaap 0132334133
Sumber:mamalink.com


Share:

0 comments:

Post a Comment