9 Makanan Mengelakkan Risiko Penyakit Kanser Senang Merebak ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 16 June 2017

9 Makanan Mengelakkan Risiko Penyakit Kanser Senang Merebak


Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.


Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan:


1. Daging merah

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi. Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser. Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula

Gula adalah ‘hayat kanser’. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser. Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.

3. Garam

Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat

Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi. Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi

Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak

Whatsapp 013-2334133
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol

Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit. Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.

Sumber: www.utusan.com.my
Share:

0 comments:

Post a Comment