5 Petua Mudah Kilatkan Barang Emas Yang Kusam, Tak Perlu Hantar Kedai Pun ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 4 July 2017

5 Petua Mudah Kilatkan Barang Emas Yang Kusam, Tak Perlu Hantar Kedai Pun

5 Petua Mudah Kilatkan Barang Emas Yang Kusam, Tak Perlu Hantar Kedai Pun.

5 Petua Mudah Kilatkan Barang Emas Yang Kusam, Tak Perlu Hantar Kedai Pun

Dah dekat nak raya ni bolehlah ambil masa untuk kilatkan semula rantai, gelang dan cincin emas yang ada. Hari-hari pakai, dah tentu nampak kusam kan. Buat sendiri saja sebab petuanya mudah sangat.

1. Ubat gigi

Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai. Confirm berkilat.

2. Air asam jawa

Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.

3. Guna air teh

Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.

4. Air panas

Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.

5. Cecair pencuci pinggan

Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.

Share:

0 comments:

Post a Comment