7 Tips Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Seharian ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 7 July 2017

7 Tips Berjimat Cermat Dalam Kehidupan Seharian

7  Tips Berjimat Cermat






Macam biasa,pertama sekali ialah doa,bukan benda terakhir yang akan disenaraikan.Mintalah setiap kali berdoa kepada Allah agar dapat menjadi seorang yang berjimat cermat dan menguruskan kewangan dengan berhemah. Perlu tahu untuk apa anda hendak berjimat?Adakah untuk menyimpan hasil penjimatan tersebut?Adakah agar dapat memberi kepada mereka yang lebih memerlukan?Adakah untuk membeli sesuatu atau untuk bisnes?Atau kesemuanya sekali? Oleh itu,pasang niat dan jelas dengan matlamat anda




1.Mulakan dengan benda yang kecil dahulu.Dapat gaji,simpan dulu,baru belanja.Pastikan ada senarai perbelanjaan bulanan.Kalau boleh perhatikan di mana anda boleh "cut cost" dan cuba sedikit demi sedikit.Rombak bajet dan buat semula bajet baru.



2. Setiap kali ingin membeli barang,pastikan bawa wang cukup-cukup sahaja.Jangan beli barang yang tidak disenaraikan.Kena kuat semangat bab ini.Keraskan hati dan yakin anda mampu mengubahnya



3. Elakkan dari menghabiskan duit membeli pakaian yang mahal dan biarlah sederhana.Jaga pakaian dengan elok agar boleh dipakai lama.



4.Beli kasut yang boleh dipakai ke semua majlis.Contohnya saya sendiri membeli kasut yang boleh dipakai pergi kerja dan dibuat berjalan.Sesuai untuk semua majlis.Kasut saya bertahan lebih kurang setahun lebih.Setiap kali teringin nak beli kasut baru,fikir begini " kasut aku masih elok,beli kasut baru cuma membazirkan wang"



5.Selama 10 tahun bekerja,saya baru memakai 3 buah beg tangan.Dan baru membeli beg tangan baru minggu lepas kerana beg saya yang ke-3 sudah rosak teruk.Saya hanya mempunyai satu beg untuk digunakan pada satu-satu masa.Beg itulah dibawa ke tempat kerja mahupun ke mana-mana.Belilah beg yang sesuai digunakan ke mana sahaja.Jika dijaga dengan baik ianya tahan lama.Purata harga beg yang saya beli sekitar rm100+ sahaja,tapi boleh pakai lama.Purata satu beg bertahan ialah sekitar 3 tahun.Jimat kan?



6. Jika mempunyai anak,tak perlu beli banyak baju untuk setiap anak.Cukup 5 atau 7 pasang baju pakai siang,dan 5 atau 7 baju pakai malam.Boleh pakai selama seminggu dan ulang untuk minggu seterusnya.Anak-anak cepat membesar,rugi beli banyak baju dan rugi beli baju yang terlalu mahal.



7. Saya suka beli baju yang berkualiti dengan harga sederhana untuk anak,oleh itu baju tersebut tidak akan kelihatan berbulu selepas dibasuh banyak kali dan tahan lasak.


                                                                         Sila hubungi 0132334133










Share:

0 comments:

Post a Comment