5 Tip Rumah Tangga Bahagia Walaupun Dilanda Bermacam Dugaan Teruk ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 7 July 2017

5 Tip Rumah Tangga Bahagia Walaupun Dilanda Bermacam Dugaan Teruk


Meskipun ramai berpendapat hanya di awal perkahwinan sahaja indah, bila sudah usia perkahwinan menjangkau 10 tahun dan mula lah segala masalah bermula. Ada mungkin betulnya di situ. Bagi mengekalkan bahagia, tip ini boleh membantu.

1) Hormati pasangan anda

Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.

2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari

Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.

3) Hargai pasangan anda

Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka.

4) Komunikasi antara pasangan

Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga.

5) Wujudkan suasana romantik di rumah

Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.

Sumber: www.ikahwin.my                 
                            

                                                                       Sila hubungi 0132334133

Share:

0 comments:

Post a Comment