Jangan Buat 7 Perkara Ini Kalau Anda Bersalin Caesar ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 7 July 2017

Jangan Buat 7 Perkara Ini Kalau Anda Bersalin Caesar


Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.

1. BERGERAK AKTIF

Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

2. BATUK

Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!

Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.

3. BERENDAM DALAM AIR PANAS

Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.

4. HUBUNGAN INTIM

Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin darah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.

5. SENAMAN

Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.

6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN

Jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara ‘direct’.

Sila hubungi - 0132334133

7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN

Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri.

Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.

Sumber: Sirap Limau
Share:

0 comments:

Post a Comment