Cara Nak Elak Cili Jadi Benyek Walaupun Simpan Berbulan-Bulan ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 22 August 2017

Cara Nak Elak Cili Jadi Benyek Walaupun Simpan Berbulan-Bulan

Image result for cili

Setiap kali pergi ke pasar basah atau mana-mana pasar raya, mata pasti akan tertumpu di bahagian cili dan tak sah kalau balik tanpa membelinya.

Tapi biasalah, kalau beli banyak-banyak dan disimpan terlalu lama, cili akan mula layu dan benyek, kan dah rugi?

Ibu-ibu, kakak-kakak, suri rumah semuanya dah tak perlu risau lagi nak buat cili tahan lama sebab tips dari Izyan Diyana ini memang berkesan!


Foto: Izyan Diyana

Cara-caranya:

1. Buang tangkai dari badan cili
2. Masukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu
3. Letak seulas bawang putih yang dah siap dikupas

Boleh tahan sampai sebulan dan ke atas, masih segar dan elok. Selamat mencuba! 

Sumber: CARI
Share:

0 comments:

Post a Comment