6 Kebaikan Air Cucian Beras Jangan Dibuang Ya! ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 21 November 2017

6 Kebaikan Air Cucian Beras Jangan Dibuang Ya!


Sebelum dimasak untuk dijadikan nasi, beras biasanya dicuci sampai bersih. Kebanyakan dari anda akan terus buang air cucian beras tersebut.

Jangan dibuang! Sebenarnya banyak khasiat air cucian beras yang ramai tidak tahu. Air cucian berat sangat bagus untuk kulit dan boleh mencantikkan kulit secara semula jadi.


Add caption



1. MENCERAH & MENGHILANGKAN BINTIK HITAM
Air cucian beras berkesan untuk mencerahkan kulit. Bintik hitam jeragat juga dapat dihilangkan. Bukan itu sahaja, protein dalam air beras juga meningkatkan produksi kolagen pada kulit.

2. PEMBERSIH WAJAH SEMULAJADI
Selepas membasuh beras buat kali ketiga, ambil airnya dan basuh kulit wajah. Tepuk-tepuk pada wajah dan biarkan kering. Jangan dilap, sebaliknya biarkan kering sendirinya. Kemudian bilas Hasilnya kulit lebih segar.



2. HILANGKAN JERAWAT
Jika anda mengalami masalah jerawat namun masih lagi belum sembuh, anda boleh cuba air cucian beras. Gunakan air basuhan beras kali ketiga ke wajah dan biarkan ia kering sendiri. Muka akan terasa sedikit pedih dan lama kelamaan akan pulih dan mengecutkan jerawat.

3. ATASI MASALAH KULIT BERMINYAK
Bukan saja baik untuk jerawat, air basuhan beras juga baik untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit. Mulakan dengan mencuci muka dengan pencuci biasa kemudian dibilas dengan air cucian beras ini. Lakukan setiap hari untuk kesan yang menakjubkan.

4. CERAHKAN KULIT
Bahan pemutih semulajadi yang terkandung di dalam beras mampu memutihkan kulit dengan pantas. Untuk memutihkan kulit wajah dengan cepat, lakukan basuhan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan hanya lebih cerah, kulit juga akan lebih lembut dan halus.

5. MENGECILKAN PORI-PORI
Celupkan kapas ke dalam air cucian beras dan sapukan pada wajah. Tekap perlahan-lahan pada wajah. Ia mampu mengetatkan pori-pori dan kelihatan lebih kecil.

6. MASKER RAMBUT
Tuang air cucian beras pada kulit kepala dan biarkan selama 20 menit. Kemudian bilas menggunakan shampu. Dalam sekelip mata anda akan memiliki rambut cantik berkilau tanpa rawatan rambut mahal.

SUMBER: Hanasuva
Share:

0 comments:

Post a Comment