8 Tips Memastikan Hubungan Antara Anak Anak Sentiasa Erat. ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 28 November 2017

8 Tips Memastikan Hubungan Antara Anak Anak Sentiasa Erat.


Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu cahaya mata, seharusnya bijak membahagikan kasih sayang supaya setiap anak tidak rasa tersisih. Ini penting kerana ianya mempengaruhi corak kehidupannya di masa hadapan.

Disini abang senaraikan tips boleh dikongsi oleh ibu bapa dalam memastikan hubungan antara anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik dan erat.

1. Tunjukkan Kasih Sayang
Apabila anak-anak dipeluk dan mendegar kata-kata positif, mereka berasa disayangi, selamat dan tenteram. Perilaku positif akan terbit dan ia turun di tunjukkan kepada adik-beradik mereka.

2. Menghargai Satu Sama Lain
Sentiasa menggalakkan sikap sopan dan menghargai dalam kalangan anak-anak misalnya meminta anak bercakap dengan nada yang baik dan mengucapkan ‘terima kasih’atau ‘tolong’ apabila bercakap sesama mereka. Ini akan mengajar anak untuk saling menghormati.

3. Elak Rasa Tidak Puas Hati
Tidak sesekali menggalakkan seorang anak memarahi adiknya kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan marah hingga merosakkan hubungan adik-beradik.

4. Ambil Hati
Terap nilai mengambil berat dalam diri anak-anak. Sekiranya ada yang demam, minta anak yang lain membantu ibu baapa meletakkankain lembap pada dahi atau memerikas suhu badan terkini. Galkkan anak membantu antara satu sama lain.

5. Jaga Si Kecil
Ingatkan anak yang lebih besar untuk sentiasa menjaga adiknya dan memastikan mereka dalam keadaan selamat. Ceritakan mengenai kelemahan adik yang masih kecil dan masih tidak pandai menjaga diri.

Order online, Hubungi/whatsapp: 0132334133
6. Berbaik Sesama Anak
Apabila anak mula bertengkar, terangkan secara baik kepada abang atau kakak bahawa adiknya masih kecil dan tidak memahami sesuatu perlakuan atau kata-kata. Galakkan anak tidak melawan, sebaliknya berdamai. Didikan positif ibu bapa akan memberi asas kepada hubungan erat anak-anak.

7. Tiada Guna Pilih Kasih
Ibu bapa tidak boleh sesekali berat sebelah, pilih kasih atau menunjukkan perhatian lebih kepada seorang anak berbanding anak yang lain. Sikap sebegitu akan mewujudkan rasa marah dan benci bukan sahaja terhadap ibu bapa tertapi kepada adik, abang atau kakak yang mendapat perhatian lebih. Kasih sayang antara adik-beradik akan terlerai, malah ia boleh merosakkan hubungan dengna keluarga.

8. Cipta Kenangan
Beri sebanyak masa kepada anak-anak untuk bermain dan bersama-sama melakukan perkara yang mampu menigngalkan memori indah dalam hidup mereka. Bawa anak-anak melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti mandi di tepi pantai atau menghasilkan sesuatu ciptaan.

Sumber: Faizatul Farlin Farush Khan
Share:

0 comments:

Post a Comment