Cuba Rawatan Alternatif Akupuntur Selain Dari Makan Ubat. Ada Kelebihannya ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 24 November 2017

Cuba Rawatan Alternatif Akupuntur Selain Dari Makan Ubat. Ada Kelebihannya




Akupunktur dan kelebihannya

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang rawatan akupunktur melalui media dan hiburan seperti filem-filem kung-fu dan sebagainya atau mungkin juga ada yang pernah mendapatkan rawatan akupunktur. Apa pun akupunktur tidak asing lagi dalam menjadi perawatan alternatif bagi masyarakat dunia.

Apa itu Akupunktur?

Akupunktur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupunktur.


Jarum akupunktur yang sangat halus

Tujuan akupunktur adalah untuk merangsang tenaga Qi bagi mendapatkan kesembuhan sesuatu penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Apabila jarum akupunktur dicucuk maka secara automatiknya saraf di kawasan yang dicucuk terangsang dan menstabilkan pengaliran darah di kawasan tersebut.

Akupunktur telah diamalkan oleh tamadun China sejak 4000 tahun yang lampau. Maka ahli-ahli perubatan memberi penghormatan mereka kepada China walaupun akupunktur telah digunakan oleh masyarakat tamadun lain seperti orang-orang Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah di dalam perubatan akupunktur. Segala penemuan dan pemerhatian di dalam perawatan dicatit di dalam buku yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga pada hari ini. Malah Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk "Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine" pada tahun 2000 sebelum masihi. Buku yang diterjemahkan masih ada di simpanan seorang penulis di Beijing, China.


Akupunktur dan Perubatan Islam

Ramai yang tidak sedar bahawa akupunktur sebenarnya adalah pecahan daripada bekam yang merupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. Setelah sahabat Rasulullah s.a.w. tiba di China dalam memperkembangkan agama Allah maka perawatan bekam juga diperkenalkan di sana. Setelah berkurun lamanya orang China membuat kajian mengenai bekam maka mereka mendapati akupunktur adalah pecahan daripada bekam.
Tetapi umat Islam perlu pentingkan bekam kerana ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan selain dapat meningkatkan mutu kesihatan umat Islam juga mendapat pahala dan syafaat di padang mahsyar kelak. Insya Allah.

Akupunktur boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak ada pantang berbeza dengan bekam yang mana tidak semua orang boleh dibekam. Sebagai contoh pesakit kencing manis tahap yang serius tidak boleh dibekam kerana dikhuatiri kulitnya lambat sembuh. Boleh juga dibekam pesakit tersebut cuma mereka yang pakar sahaja tahu bagaimana melakukannya.

Kelebihan Akupunktur
Merangsang atau mengaktifkan saraf
Menstabilkan pengaliran darah
Menormalkan tekanan darah
Merangsang tenaga Chi
Mengatasi pelbagai penyakit
Tidak menggunakan dadah
Tidak ada kesan sampingan
Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
Melegakan kesakitan
Mengatasi kemurungan
Meningkatkan kecerdasan
Mengatasi masalah rabun


Share:

0 comments:

Post a Comment