6 Khasiat Taugeh Yang Korang Tak Tahu ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 22 December 2017

6 Khasiat Taugeh Yang Korang Tak Tahu


Korang tahu tak, sayur taugeh sebenarnya ada banyak khasiat dan kebaikan. Salah satunya adalah untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Selain itu, ada banyak lagi kebaikan taugeh yang korang kena tahu, antaranya adalah :

1-Sumber enzim
Enzin dapat meningkatkan fungsi organ dalam tubuh dan mempunyai 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buahan lain.

2-Sumber protein
Taugeh boleh menggantikan sumber protein lain seperti daging atau ayam dan mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh

3-Mudah dihadam
Disebabkan jumlah enzim yang banyak, taugeh merupakan sayur yang mudah dihadam dan membantu individu yang ada masalah perut kembung dan penghadaman.

4-Menurunkan berat badan
Taugeh rendah kalori dan kaya dengan zat. Taugeh membantu menurunkan berat badan , sekaligus membuatkan cepat rasa kenyang.

5- Meningkatkan kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Kesuburan lelaki akan meningkat kerana pelbagai hormon lelaki dapat dihasilkan ketika memakan sayur taugeh ini.

6-Menghalang Anemia
Taugeh membantu mencegah Anemia. Sebab? Taugeh mengandungi asid folik dan sangat bagus untuk sel darah merah. Anemia akan terhalang apabila pengeluaran darah merah yang banyak sekaligus mencegah terjadinya Anemia. 

Sumber: Hanasuva


Share:

0 comments:

Post a Comment