9 Petua Atasi Sembelit Selepas Bersalin ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 8 December 2017

9 Petua Atasi Sembelit Selepas Bersalin


Ibu-ibu yang lepas bersalin, mesti bimbang jika ada ‘rasa’ nak membuang air besar kan?

Bimbang jahit tertetas dan macam-macam perasaan lagi yang tidak selesa.

1. Ambil diet seimbang
Ambil diet yang berserat tinggi. Mesti ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

2. Minum air secukupnya
Mak kita dulu, tak bagi kita minum air terlalu banyak.

Tetapi disebabkan pemakanan kita pada hari ini, membuatkan kita perlu minum air putih sekurang-kurang 3 liter setiap hari terutama kepada ibu yang menyusu badan.

Ini juga membantu melembutkan najis.

3. Jangan bertangguh
Jika anda sudah ‘rasa’ untuk ke tandas, bersegeralah. Jangan bertangguh. Sikap yang suka bertangguh ke tandas menyebabkan anda sembelit dan mungkin boleh jadi buasir.

4. Berjalan jalan
Bukan suruh buat kerja tau! Bukan juga bersiar-siar.

Jangan duduk atau baring terlalu lama. Bangun dan bergerak sikit. Berjalan-jalan dalam rumah.
Tiada aktiviti menjadikan sembelit anda makin teruk.

5. Guna tandas duduk
Letak alas kaki supaya kaki dapat diangkat lebih tinggi dan letakkan siku dilutut. Cara ini membantu untuk anda memudahkan najis keluar.




6. Ubat pelembut najis
Jika keadaan lebih teruk, boleh dapatkan di farmasi ubat pelembut najis.

7. Senaman perut
Buat senaman perut, dimana cuba kempiskan dan kembungkan perut. Supaya otot-otot usus lembut dan membantu melancarkan laluan najis. Amalkan setiap hari sebanyak 10 kali.

8. Berjumpa doktor
Jika keadaan semakin teruk, jangan bertangguh-tangguh untuk jumpa dengan doktor. Bimbang akan melarat menjadi buasir berdarah dan salur darah vena.

9. Amalkan supplemen
Banyak suplemen yang dapat membantu untuk melawaskan pembuangan air besar untuk ibu-ibu yang dalam berpantang. Cari suplemen yang kandungannya mempunyai buah delima.
Amalkan setiap hari suplemen tersebut.

Sumber: Lamama


Share:

0 comments:

Post a Comment