Disebalik Daun Kesum, Ada Khasiat Tersembunyi ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 22 December 2017

Disebalik Daun Kesum, Ada Khasiat Tersembunyi


Daun kesum sinonim sangat dalam laksa kan? Ia mempunyai aroma yang unik. Bila diletak dalam masakan, baunya yang harum membuatkan masakan tu bertambah sedap dan membangkitkan selera.

Selain berguna sebagai perencah lazim dalam laksa, asam pedas, laksa lemak, ulam kerabu dan sebagainya daun kesum juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional.

1. Mengatasi Masalah Kelemumur
Jika ada masalah kelemumur bolehlah cuba amalan berikut. Blend atau kisar (hingga lumat) satu cekak daun kesum dan sapukan ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. Jika diamalkan selalu, kelemumur yang bermaharajalela di kulit kepala tu akhirnya akan tanggal dan gugur dengan sendirinya.

2. Mengubati Sakit Perut
Daun kesum yang dilekapkan di perut ataupun air rebusannya yang diminum dikatakan membantu menghilangkan sakit perut akibat makanan  yang tak hadam. Amalan minum air rebusan daun kesum ini (dalam 2 minggu atau sebulan sekali) juga dikatakan turut membantu sistem pencernaan.

3. Dulu-dulu, orang tua-tua akan sarankan orang perempuan yang baru lepas bersalin, yang ada masalah pencernaan, supaya minum air rebusan kesum.

Selamat mencuba!
Share:

0 comments:

Post a Comment