Kenali Sifat Perempuan Boleh Diketahui Berdasarkan Bentuk Bibir. ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 26 December 2017

Kenali Sifat Perempuan Boleh Diketahui Berdasarkan Bentuk Bibir.

Percaya atau tidak, anda dapat membaca karakter diri kawan, teman wanita atau mungkin ahli keluarga wanita anda dari bentuk bibirnya sahaja.

Bibir Atas dan Bibir Bawah Tipis


Pekerja keras, bertanggungjawab, dan pantang putus asa. Biasanya anda terkenal sebagai orang yang memiliki ekspetasi tinggi terhadap hal-hal yang anda lakukan dan memiliki selera tinggi.

Serius juga merupakan karakter anda. Sayangnya anda bukan jenis orang berperasaan, anda tidak mudah menembak perasaan sekitar anda. Sukar mempercayai orang lain, anda harus memilih orang yang tepat untuk mendengarkan keluhan anda.

Bahagian Bibir Atas dan Bawah Tebal


Menyenangkan adalah sifat anda pemilik bibir tebal, sehingga ramai yang menyukai anda. Anda akan membuat orang-orang sekitar anda rasa terhibur bila bersama anda.

Menurut anda hidup ini berharga jadi ketika anda mempunyai kesalahan, anda akan terus menebus dosa atau kesalahan anda sampai anda menjadi seseorang yang lebih baik lagi dan lebih-lebih baik lagi dari sebelumnya.

Kedamaian adalah impian anda, untuk itu anda akan sangat marah besar saat ada yang ingin merosak kedamaian anda. Kesenangan hidup adalah prioriti anda, bila dirosak, anda akan bertindak tegas dan keras.

Banyak yang beranggapan memiliki bibir tebal bererti mulut becok. Kenyataan tersebut benar, anda berborak panjang lebar dan di luar topik inti pembicaraan. Apalagi jika sudah membicarakan mengenai pengalaman hidup anda, dengan senang hati anda akan membebel secara lengkap dan jelas.

Selain memang anda mudah bergaul dengan orang baru. Anda juga petah menceritakan pengalaman anda tanpa ada yang anda tutupi. Dengan demikian anda memiliki kawan tanpa batasan usia mahupun latar belakang.

Bahagian Bibir Atas Tipis dan Bibir Bawah Tebal


Sifat anda yang menonjol adalah dermawan, anda akan terbuka untuk mengulurkan bantuan dengan ikhlas. Anda tidak pernah terbeban dengan amal, walaupun anda sendiri sedang mengalami kesukaran dalam harta material. Sifat dermawan anda lebih tinggi daripada memikirkan diri sendri.

Murah hati juga milik anda pemilik bibir tipis di bagian atas dan tebal di bagian bawah. Anda akan banyak bicara saat dipancing lawan bicara, sebelum dipancing anda akan biasa saja. Banyak yang meminta saranan kepada anda, kerana hampir rata-rata saranan anda bagus dan baik.

Sumber: Bro1despatch
Share:

0 comments:

Post a Comment