7 Makanan Sedap Ini Punca Terjadinya Jerawat ~ Akak Terlajak Laris

Wednesday, 17 January 2018

7 Makanan Sedap Ini Punca Terjadinya Jerawat


Kulit berjerawat memang stress! Tambah naik di bibir dan hidung, dia punya sakit tu! Haha. Mungkin anda dah amalkan penjagaan wajah yang betul, tapi jerawat tetap nak jadi ‘kawan baik’ anda. Apa puncanya?

Cuba perhatikan pemakanan anda. Jangan la pakai bedal je makan tanpa tahu kesannya pada kulit anda. 7 makanan sedap ini mungkin jadi punca terjadinya jerawat.

1. Susu skim
Kajian mendapat mereka yang minum susu skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum. Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.

2. Ais krim 
Pelik kan? Kajian menunjukkan ais krim menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula didalamnya menyebabkan keradangan pada kulit.

3. Kerepek kentang
Makanan ini adalah punca terbesar. Karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.

4. Coklat
Kajian mendapati, kadungan tenusu dan gula didalam coklat jadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit berjerawat.

5. Makanan pedas & berempah
Penggunaan rempah dan makanan pedas jadi punca terjadinya jerawat dan buatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.

6. Say Cheese! 
Keju boleh mencetuskan letusan hormon insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak gula. Oleh kerana insulin berlebihan, maka terjadinya jerawat.

7. Pizza
Disebabkan pizza mengandungi produk tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat tumbuh lebih banyak dari biasa. Sedihnya tak boleh makan pizza!

Sumber: Hanasuva 

Share:

0 comments:

Post a Comment