Anak Cepat Matang Dan Berdikari?Biarkan Mereka Bertengkar Tapi Jangan Berlebihan Ya! ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 19 January 2018

Anak Cepat Matang Dan Berdikari?Biarkan Mereka Bertengkar Tapi Jangan Berlebihan Ya!



"Anak-anak, jangan bergaduh okey. Siapa bergaduh, berebut, ibu tak beli mainan!"

Ayat ini biasa digunakan ibu bapa bagi mengelak atau memujuk anak-anak supaya tidak bergaduh. Jarang pula kita dengar yang sebaliknya, kan?

Ada kala, ibu bapa akan berasa tertekan apabila anak-anak bertengkar hingga mencetuskan 'perang dunia ke-3'. Mana taknya, tangisan dan teriakan silih berganti apabila 'drama Hindustan' mereka sudah masuk babak klimaks.

Namun, jangan risau. Ia normal, berlaku kepada setiap keluarga yang memiliki lebih daripada seorang anak.

Menurut PureWow seperti dipetik Dream.co.id, pakar psikologi Adam Grant berkata, pertengkaran antara adik-beradik sebenarnya mengajar mereka banyak perkara positif.

"Salah satunya adalah bagaimana sikap mereka ketika terbabit dalam konflik dan cara mereka menyelesaikannya," katanya.

Menurut Grant, banyak manfaatnya jika ada persaingan atau pertengkaran antara adik-beradik yang tidak disedari ibu bapa. Antaranya:


1. Jadi lebih kreatif dan berjaya

Jika dilihat, anak-anak yang sering 'berperang mulut' dengan adik-beradik lain, kebiasaannya ada sahaja jawapannya kalau bercakap dengan ibu bapa.


Sebenarnya, dari situlah mereka belajar bersoal jawab dan membina soft skill. Pandai berhujah! Nanti dah masuk alam pekerjaan pun mudah, sebab mereka tak mudah kalah dan bijak mematahkan argumen lawan.



2. Lebih berdikari

Selagi pertengkaran mereka tidak melibatkan 'keganasan fizikal', cuba untuk tidak campur tangan. Lihat dan biarkan sahaja dulu supaya mereka dapat belajar membela diri sendiri tanpa didampingi orang tua.

Ia juga akan mendidik anak-anak untuk mengawal situasi ketika berdepan konflik. 


3. Lebih matang

'Berdebat' secara tak langsung mengajar anak anda untuk membuat pilihan dan keputusan. Ketika kecil lagilah ibu bapa perlu mengambil kesempatan untuk mendorong anak menjadi lebih matang.

Jadi, selepas ini apa kata anda jadi pemerhati sahaja apabila anak-anak sedang bertengkar. Tapi, kalau dah sampai menggunakan kekerasan, jangan pula dibiarkan sahaja. Lain pula jadinya nanti. 
Apa reaksi anda

Sumber - CARI
Boleh dapatkan Coklat Pintar Ibnu Sina di kedai kedai jamu atau whatsapp 0132334133



Share:

0 comments:

Post a Comment