Awas! Jika Selalu Berlaku Pendarahan Yang Banyak Atau Berpanjangan Sepanjang Haid! ~ Akak Terlajak Laris

Friday, 12 January 2018

Awas! Jika Selalu Berlaku Pendarahan Yang Banyak Atau Berpanjangan Sepanjang Haid!



Awas, kalau sentiasa berlaku pendarahan yang banyak atau berpanjangan sepanjang haid! Tanda-tanda ini boleh menyebabkan anda sukar hamil, kerap keguguran atau mandul.

Pasti sedih, apalagi sebagai wanita yang sudah berkahwin. Anda pasti mahu ada zuriat sendiri.

Jika selalu mengalami pendarahan, kejang di bahagian perut, keguguran, sukar hamil dan gangguan ketika membuang air kecil mahupun besar, seeloknya terus berjumpa doktor untuk diperiksa keadaan rahim kita.

Penyakit ketumbuhan dalam rahim selalunya berlaku atas faktor baka. Jika ibu atau keturunan menghidap penyakit ini, berwaspadalah kerana berkemungkinan anak-anak perempuan pun ada risikonya. Jika selalu mengalami pendarahan dan senggugut ketika haid, sebaiknya buat ultrabunyi untuk mengesan masalah yang timbul sebagai langkah pencegahan.

Selain itu, penting untuk ibu mendidik anak mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sedari kecil. Jangan sesekali biasakan anak makan makanan segera. Bukan elok pun, kan?

Seperti pepatah, penyakit yang ada bermula dari perut, yakni makanan kita. Jom ubah! - CARI

Share:

0 comments:

Post a Comment