Isteri, Ini 6 Sebabnya Kenapa Suami Anda Tidak Pakai Cincin Kahwin ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 25 January 2018

Isteri, Ini 6 Sebabnya Kenapa Suami Anda Tidak Pakai Cincin Kahwin


Macam-mana kita nak tahu sama ada lelaki itu sudah berkahwin ataupun belum? Selalunya dengan melihat jari mereka, ada cincin kahwin atau tidak. Selepas melafazkan akad nikah, pasangan akan saling memakaikan cincin ke jari manis.

Tapi, jika dibandingkan antara lelaki dan wanita, lelaki lebih banyak dilihat tidak memakai cincin kahwin mereka. Apa sebabnya mereka tidak memakai cincin kahwin tersebut? Jadi ini mungkin beberapa sebab kenapa lelaki tidak memakai cincin kahwin mereka!

1. Lupa
Bukan bererti lelaki itu lupa yang dia sudah pun berkahwin. Bagi lelaki apa yang penting adalah perkahwinan itu sendiri dan bukannya cincin. Apabila seorang lelaki sudah berkahwin, 43% dari hidupnya sudah terikat dengan kehidupan baru bersama isteri.

2. Tak nak tunjuk diri sudah berkahwin
Ada juga lelaki yang tidak suka menunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Bukan kerana mereka nak tunjuk single. Kadang-kadang yang selalu pakai cincin kahwin tu la yang akan curang.

3. Anggap ia hanya sebuah cincin
Pada awal perkahwinan mungkin lelaki menganggap cincin adalah segalanya. Bagi mereka cincin adalah lambang cinta bersama isteri. Tetapi semakin lama, apa yang penting bagi mereka ialah isteri dan bukannya cincin.

4. Takut isteri akan cedera
Ni mungkin jadi sebab kenapa lelaki tak pakai cincin kahwin. Mereka takut jika cincin tersebut akan buatkan pasangan mereka cedera ketika dipeluk atau mungkin buat wajah terluka ketika diusap.

5. Takut cincin hilang
Ni mesti selalu dijadikan alasan oleh setiap lelaki. Bukan kerana tak nak pakai cincin kahwin, tapi kerana ianya terlalu berharga dan takut hilang jika tidak dijaga dengan baik.

6. Tak muat
Haha.. ini juga boleh jadi sebab. Masa kahwin badan kurus je sebab tak makan kerana nak berjimat untuk kahwin. Tapi bila dah kahwin isteri masak sedap je, memang naik la badan. Cincin pulak tak muat.

Sumber: Hanasuva

Share:

0 comments:

Post a Comment