Kesan Autisme Seawal Umur 18 Bulan, Melalui Saringan M-CHAT Secara Online ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 18 January 2018

Kesan Autisme Seawal Umur 18 Bulan, Melalui Saringan M-CHAT Secara Online

Image result for kanak autisme


APAKAH AUTISME?
Menurut Pengarah Early Autism Project Malaysia Sdn Bhd (EAP) Jochebed Isaac, autisme ialah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka mengalami masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta menjejaskan pencapaian intelektual.

Autisme mempunyai tahap keupayaan atau spektrum yang berbeza, dari tahap ringan hingga teruk. Oleh sebab itu, setiap yang mengalaminya adalah unik dan memerlukan sokongan yang berbeza.

8 Tanda & Ciri Anak Autism. Ketahui Simptom Dan Beri Rawatan Serta Penjagaan Rapi.

CIRI-CIRI UMUM AUTISME
Bukan mudah untuk mengenal pasti anak autisme kerana ia memerlukan beberapa ujian tingkah laku daripada pakar psikologi klinikal atau psikiatri yang perlu dilakukan dengan teliti.

Namun pada umumnya, berikut adalah antara tanda yang biasa diperlihatkan, seperti yang dijelaskan oleh Dr Raja Juanita Raja Lope mnerusi Positive Parenting:

Masalah sosial & komunikasi
Perkembangannya tidak mengikut umur biasa, ada kelakuan mereka yang mungkin dianggap tidak sesuai dari segi sosial atau tampak ganjil.

Obsesi, tingkah laku berulang dan minat yang terbatas
Ingin melakukan perkara yang sama berulang-ulang dan tidak selesa dengan perubahan.

Mood yang tidak stabil
Gementar dan membuat perangai walaupun untuk perkara yang tidak penting atau terjadi secara spontan tanpa sebarang punca.

Masalah deria
Input deria yang terlalu sensitif seperti bunyi bising yang lazim (contohnya penyedut habuk) atau hiposensitif – contohnya tiada tindak balas walaupun kepada bunyi bising yang menakutkan seperti bunyi anjing menyalak dengan dekat.

Aktiviti harian
Kombinasi kekurangan kemahiran motor dan/atau ketidakupayaan kognitif (mental) boleh menyebabkan aktiviti harian (seperti memakai baju, makan) menjadi susah.

Masalah tidur
Gangguan ritma sirkadian dan penghasilan melatonin boleh menyebabkan masalah tidur dan juga sensitif kepada cahaya dan suhu.

Masalah psikiatri
Gangguan kurang tumpuan atau Attention Deficit Hypersensitivity Disorder (ADHD), dll yang mungkin berlaku di samping austime.

UJIAN SARINGAN M-CHAT
Seperti juga masalah kesihatan lain, autisme yang dikesan awal serta dibantu dengan terapi di peringkat awal telah terbukti dapat meningkatkan kualiti hidup individu yang terlibat.

Pengesanan awal autisme boleh dijalankan seawal usia anak 18 bulan lagi dengan Ujian Saringan M-CHAT yang disediakan oleh Pelajar Doktor Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya untuk Public Health Malaysia.

Bagi kemudahan orang awam, ia boleh diakses secara percuma tanpa sebarang caj.

Ujian ini terdiri daripada 23 soalan yang harus dijawab oleh ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 18 hingga 30 bulan. Selepas selesai menjawab kesemua soalan, anda akan menerima keputusan menerusi e-mail yang boleh digunakan sebagai surat rujukan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Ujian ini merupakan saringan awal yang menentukan sama ada penilaian autisme yang lebih teliti diperlukan. Ini bermaksud, ia bukanlah menjamin anak anda 100% diyakini autisme andai keputusan yang didapati adalah positif. Sebaliknya, ia memerlukan pengesahan serta perbincangan dengan doktor yang pakar di Klinik Kesihatan terdekat untuk menetapkan sebarang terapi atau rawatan susulan.

Klik gambar di bawah atau pergi ke link ini untuk Ujian Saringan M-CHAT: https://tinyurl.com/phmautism

Sumber: Sirap limau
Share:

0 comments:

Post a Comment