10 Perkara Ini Jangan Lakukan Ketika Mendidik Anak-Anak ~ Akak Terlajak Laris

Tuesday, 6 February 2018

10 Perkara Ini Jangan Lakukan Ketika Mendidik Anak-Anak


Anak anak ibarat kain putih, ibubapalah yang bertanggungjawab mendidik mereka. Bukan tugas yang senang, tapi itulah yang kita harus lakukan.

Ibubapa hendaklah periksa adakah kita pernah melakukan perkara di bawah dan jika jawapannya adalah YA, cubalah sehabis daya untuk TIDAK mengulanginya lagi :

1. Merendah-rendahkan kebolehan anak sama ada di rumah atau di depan orang lain.

2. Membandingkan pencapaian anak dengan adik- beradik yang lain atau dengan anak-anak kawan anda.

3. Melabel anak dengan perkara-perkara negatif seperti pemalas, pengotor, penipu dan sebagainya.

4. Sering pertikai setiap perkara yang dilakukannya dan lebih nampak buruk berbanding yang baik.

5. Suka ungkit kesilapan yang pernah dia lakukan.

6. Memarahi anak di depan orang lain.

7. Lokek puji anak.

8. Berat hati untuk sentuh, peluk dan usap anak walaupun mereka sudah remaja.

9. Selalu ‘menolak’ permintaan anak walaupun ia sekadar permintaan kecil.

10. Terlalu sibuk hingga tidak ada masa untuk bersantai bersama anak-anak.

Apa juga niat anda samada untuk mendidik atau memberi pengajaran, jangan sesekali marah anak-anak secara terbuka. Jagalah air muka anak-anak jika tidak mahu mereka kurang ajar atau memberontak dengan anda suatu hari nanti. 
Share:

0 comments:

Post a Comment