Mahukan Anak Anak Bijak, Jagalah 5 Perkara Ini ~ Akak Terlajak Laris

Thursday, 8 February 2018

Mahukan Anak Anak Bijak, Jagalah 5 Perkara Ini


Tahap perkembangan dari segi pendidikan juga perlu diutamakan tetapi jangan terlalu memaksa anak sehingga si comel tak merasa dunia seronok mereka.  Ibu ayah mungkin boleh amalkan beberapa tip ini untuk anak-anak.

1. Luang masa
Cuba luangkan sedikit masa melayan percakapan anak-anak ketika mereka masih kecil. Walaupun bahasanya kurang difahami tetapi yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti hargai.

2. Jangan suka-suka marah
Elakkan dari marah anak-anak apabila mereka lakukan kesilapan. Cara paling baik adalah dengan memberi penerangan dan kesan di sebalik kesalahan mereka itu.

3. Peluklah anak setiap hari
Banyakkan memeluk anak-anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa pelukan mampu mengeratkan hubungan sekali gus mewujudkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.

4. Hargai barang kesukaan anak
Jangan buang mainan atau apa sahaja barang kesayangan anak-anak anda sekalipun ia telah rosak. Jika anda mampu hormati hak mereka maka mereka juga mampu lakukan perkara yang sama terhadap anda.

5. Doa ibu sangat berkat!
Sentiasa berdoa untuk kecemerlangan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan butir bicara percakapan anda kerana ini juga boleh dikategorikan sebagai doa yang mustajab. 

Semoga bermanfaat!
Share:

0 comments:

Post a Comment